Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri

Syarat Dan Cara Untuk Memohon Persaraan Pilihan Sendiri

Kerajaan telah bersetuju membenarkan semua pegawai dan kakitangan lelaki dan perempuan di dalam perkhidmatan awam dan badan-badan berkanun serta kuasa-kuasa tempatan untuk memilih dan memohon bersara apabila mencapai umur 40 tahun.

Syarat Memohon:
1. Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita;
2. Telah genap 10 tahun perkhidmatan yang diambilkira;
3. Telah disahkan dalam jawatan;
4. Telah diberi taraf pekerja berpencen.
5. Bebas daripada tindakan tatatertib/tindakan mahkamah;
6. Tidak terikat dengan syarat-syarat kontrak biasiswa kerajaan. Bagi staf yang masih mempunyai ikatan kontrak biasiswa kerajaan, mereka perlulah membayar gantirugi bagi mendapatkan pelepasan kontrak.

a. Setiap permohonan persaraan pilihan sendiri yang diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad dan dianggap telah dipertimbangkan oleh pemohon dengan semasak-masaknya. Oleh itu, sebarang permintaan untuk
menarik balik permohonan persaraan atau meminda tarikh persaraan tidak akan dilayan.

b. Oleh kerana persaraan pilihan sendiri ini adalah satu kemudahan istimewa, kelulusan ini boleh ditarik balik sebelum ianya berkuatkuasa, tanpa diberi apaapa sebab. Ketua Jabatan adalah diminta mengingatkan setiap pegawai yang
telah memohon untuk bersara pilihan sendiri bahawa mereka adalah masih dalam perkhidmatan sehingga tarikh berkuatkuasanya persaraan pilihan sendiri tersebut.

CARA MEMOHON:

Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa setiap permohonan persaraan pilihan sendiri dikemukakan ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon.
Permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumendokumen berikut:

(a) surat permohonan asal daripada pegawai berkenaan menyatakan sebab beliau ingin bersara dan tarikh persaraan yang dipohon;
(b) surat daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan menyatakan sebabsebab beliau menyokong atau tidak menyokong permohonan berkenaan;
(c) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan sama ada pegawai berkenaan terlibat atau bebas daripada apa-apa tindakan tatatertib dan atau tindakan mahkamah;
(d) satu (1) salinan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan ke atas laporan harta (termasuk harta tambahan/ pelupusan, jika ada) yang dibuat oleh pegawai yang berkenaan;
(e) satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan dan cuti pegawai berkenaan yang kemaskini dari tarikh perlantikannya yang pertama sehingga tarikh beliau memohon bersara pilihan sendiri;
(f) satu (1) salinan kad pengenalan awam pegawai berkenaan atau kad kuasa polis bagi anggota Polis DiRaja Malaysia (depan dan belakang) yang diperakui sah; dan
(g) Tiga (3) salinan Borang PEN. 15 dan PEN. 16, termasuk Borang Pengakuan Ahli, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1983.

Kalau cikgu ada sebarang persoalan tentang ‘Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri‘, silalah pergi ke laman web  Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen . Sekian, terima kasih.

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 22, 2011 by in Cikgu and tagged , .
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: