Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Tips Tajuk Karangan BM UPSR 2011

Beberapa Tajuk Hangat Bagi Kertas Karangan BM UPSR 2011

Peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) akan berlangsung tidak lama lagi, iaitu mulai 13 September 2011 minggu depan. Semua guru dan murid mula terasa tertekan dengan ujian ini dan tidak pernah berehat untuk buat latihan dan mengulangkaji semua topik matapelajaran yang telah dipelajari dalam satu tahun ini. Walaupun admin tidak mengajar Kelas UPSR untuk tahun ini, tetapi saya dapat terasa juga tekanan yang dihadapi oleh guru-guru tahun 6 kerana saya pun pernah mengajar kelas UPSR dalam subjek Matematik tahun yang lepas.

Beberapa orang Guru Bahasa Melayu ada memberitahu saya bahawa tajuk bagi karangan BM pada tahun ini mungkin ada berkaitan dengan perpaduan negara dan keharmonian rumahtangga serta aktiviti di sekolah terutamanya aktiviti kokurikulum. Maka saya pun mencari maklumat di internet dan juga suratkhabar untuk mendapatkan ‘Tajuk Hot Spot’ untuk Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Disini saya ringkaskan seperti berikut:

Hot Topik Untuk Bahagian A:
Gambar 1: Hari Permainan Kokurikulum
Gambar 2: Hari Bersama Keluarga

Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:
a) membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi
b) jangan binat ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi
c) elakkan daripada membina ayat yang tersirat
d) bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarri.
e) elakkan membina ayat yang mudah

Tajuk Hangat Untuk Bahagian B:
1. Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
2. Tuliskan keburukan ponteng sekolah.
3. Sekolah telah mengadakan ‘Larian 1Murid 1Sukan’. Ceritakan pengalaman kamu pada hari itu.
4. Selaku ketua pengawas sekolah, tuliskan satu ucapan lengkap pada majlis persaraan guru besar kamu.
5. Kamu tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Ceritakan tindakan yang akan kamu lakukan pada hari tersebut.

Cara Buat Ulasan Untuk Bahagian C:
- baca dan fahami situasi
- gariskan kata kunci dalam soalan
- sediakan rangka karangan terlebih dahulu
- catakan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks
- tulis karangan pendik lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja
- panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam Bahagian C ini, anda mestilah:
1. membuat ulasan yang jelas dan tepat
2. menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis
3. berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
4. menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik
5. pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul
6. pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesui bagi mengaitkan ayat yang dibina

Harap-harap maklumat dan tajuk yang dispot ini sedikit sebanyak dapat memberi persedian untuk menghadapi kertas BM dalam UPSR nanti. Akhir sekali, admin berharap murid-murid juga perlu banyak membaca artikel-artikel di suratkhabar atau berita di TV untuk memperluaskan lagi idea-idea yang baru untuk menulis karangan. Sekian, terima kasih.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 9, 2011 by in Peperiksaan and tagged , , , .
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: