Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Institut Perguruan

Cara-cara Untuk Memohon Menjadi Seorang Guru

Institut perguruan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah. Semua institut pendidikan guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

  • Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Latihan Pra Perguruan:

1) Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

2) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Disini saya sertai juga senarai maktab-maktab perguruan di Malaysia sebagai panduan rujukan.

Maktab Perguruan


1) Maktab Perguruan Batu Lintang
2) Maktab Perguruan Batu Pahat

3) Maktab Perguruan Besut

4) Institut Perguruan Darul Aman
5) Maktab Perguruan Gaya
6) Maktab Perguruan Ilmu Khas
7) Maktab Perguruan Ipoh
8.) Maktab Perguruan Islam Bangi
9.) Maktab Perguruan Keningau
10) Maktab Perguruan Kent
11) Maktab Perguruan Kinta Ipoh
12) Maktab Perguruan Kota Bharu
13) Maktab Perguruan Kuala Terengganu
14) Maktab Perguruan Mohd. Khalid
15) Maktab Perguruan Perempuan Melayu
16) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
17) Maktab Perguruan Raja Melewar
18) Maktab Perguruan Rajang
19) Maktab Perguruan Sains Bintulu
20) Maktab Perguruan Sandakan
21) Maktab Perguruan Sarawak
22) Maktab Perguruan Sri Kota
23) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
24) Maktab Perguruan Teknik
25) Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
26) Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
27) Maktab Perguruan Tuanku Bainun

Semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang disanjungi.
GURU MALAYSIA BOLEH

Dapatkan Buku Panduan Percuma “Ingin Jadi Cikgu?
dengan mendaftarkan Nama dan Emel anda dipetak
yang telah disediakan disebelah kanan. Sekian.

54 comments on “Institut Perguruan

  1. Tim
    July 30, 2010

    bagaimana dengan individu yang hanya memiliki diploma?
    adakah individu tersebut boleh menjadi seorang guru atau mengikuti mana-mana kursus perguruan?

    • Admin
      August 24, 2010

      Individu yang hanya memiliki Sijil Diploma boleh juga memohon program KPLD untuk menjadi seorang guru dengan syarat sijil tersebut diiktiraf oleh Kementerian Pelajran Malaysia.

  2. suhaila
    September 22, 2010

    salam..
    sy memiliki diploma dan berminat untuk memohon KPLD..
    macam mana cara saya nak memohon bagi ambilan kedua sesi 2010/2011??

  3. idz90
    October 11, 2010

    maaf
    kerana bertanya soalan yg seakan sama dgn tim, tp sy ingin tahu
    jika saya dari diploma perakaunan
    dan saya ingin melanjutkan ijazah muda pendidikan perakaunan,
    dmanakah boleh saya melihat syarat2 nya?
    dan boleh berikan senarai maktab2 yang ada perakaunan?
    terima kasih

  4. nurul hafizan
    November 8, 2010

    salam….
    sy baru je tamat study kt politeknik dlm kursus sijil teknologi maklumat.tp sekarang sy lbh berminat utk jd guru kaunseling.apa cara yg patut sy buat?ada peluang lagi ke utk sy jd seorang guru?

    • Admin
      November 8, 2010

      Sekarang, setiap tahun, KPM ada menganjur Kursus Perguruan khas untuk lepasan Diploma dan Degree sebanyak dua kali. Anda cuba perhatikan suratkhabar dan laman web rasmi KPM untuk maklumat yang lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

  5. sarawakian
    December 9, 2010

    Salam…
    Saya berminat untuk menjadi guru,
    tetapi saya tidak memiliki diploma ataupun ijazah…
    Saya hanya memiliki STPM 2007,
    Bagaimana kah laluan untuk saya boleh menjadi guru..??
    Adakah ada pendidikan jarak jauh (PJJ) untuk mendapatkan ijazah sarjana muda pendidikan..?? kerana saya telah bekerja untuk Gred N. 17…

    Harap admin dapat memberi cadangan, TQ..

  6. hairell
    December 11, 2010

    saya lepasan stpm 2008, saya nak mohon masuk maktab perguruan kat mana eak??

    • Admin
      December 25, 2010

      Salam sejahtera Hairell, sila pergi ke laman web khas Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat yang lebih lanjut. Kerana tarikh mohon, jenis kursus dan cara daftar ada di situ. Anda cuma perlu beri perhatian bila tarikh untuk memohon dan syaratnya. Sekian. Semoga anda dapat menjadi seorang cikgu yang berjaya.

  7. fad
    December 27, 2010

    salam..
    saya sedang mengambil ijazah pendidikan di sebuah ipta..

    saya nak tanya,,
    tiadakah biasiswa yg disediakan oleh KPM untuk bakal guru di IPTA??
    kami juga inginkan elaun seperti para penuntut di IPG..

  8. hawa
    January 5, 2011

    salam..
    boleh ke saya mohon untuk menjadi guru tp saya hanya mempunyai sijil dr kolej komuniti..

  9. arissya
    January 6, 2011

    Salam,

    Saya amat berminat dalam kerjaya perguruan. Saya mempunyai Diploma dalam Pengurusan Antarabangasa dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa, bolehkah saya menggunakan Diploma saya untuk memasuki kerjaya perguruan? atau saya perlu menyambung pelajaran dalam ijazah pendidikan?

  10. claylu@gmail.com
    January 15, 2011

    Hi,
    Can anyone advise how to I join the “KPLI” since I have a degree from Malaysia local Uni. If I were to join the primary school, who decide which school that I should go into and how do I know which subject that will be given to me or I have a choice to choose?

    Please advise.
    Thank you.

    Clay

  11. idaH
    January 31, 2011

    salam…
    saya merupakan pelajar yang mengambil jurusan Bachelor of Education dalam major counseling di sebuah IPTS…soalan saya, adakah saya layak untuk memohon berkhidmat di sekolah rendah? dan sekiranya saya layak untuk memohon, bagaimanakah cara untuk saya memohon?

  12. aisya humaira
    March 12, 2011

    assalamualaikum wbt~

    ermm.. saya nak tanya
    kalau lepasan stpm 2003 masih boleh memohon masuk maktab ke?

    • Admin
      April 2, 2011

      Salam Aisya,

      Saya rasa kamu boleh cuba untuk memohon. Tetapi apa yang saya fahami ialah kamu mesti guna sijil SPM untuk memohon dan keputusan BI, BM mesti kredit dan yang lain bergantung pada subjek yang kamu pilih. Sekian.

      • Admin
        April 3, 2011

        Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ambilan khas dibuka kepada yang minat untuk memohon menjadi cikgu. Sila pergi ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 4 April 2011 untuk membuat permohonan. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya. Sekian.

  13. ernie
    March 23, 2011

    assalam, sy lepasan diploma Office mngmnt & technology.. adakah saya layak untuk memohon menjadi guru? dan bagaimanakah cara untuk memohon?

    • Admin
      April 2, 2011

      Salam Ernie,

      Kalau kamu ada sijil SPM dengan BM dan BI kredit, saya rasa kamu masih berpeluang untuk memohon. Tetapi ada syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi, iaitu tiada kes mahkamah, tiada syarikat sendiri, bukan bankrapsi dan yang penting kamu mesti mempunyai semangat yang tinggi untuk menceburi bidang pengajaran. Sekian.

  14. fazer_f
    March 24, 2011

    salam…
    sy graduan dr uni swasta..mmpunyai ijzah pndidikan in Tesl…mslh sy skrg ialah xtahu bagaimana nk mndftar/memohon untuk mnjadi guru.boleh bg sebarang panduan?

    terima kasih

    • Admin
      April 2, 2011

      Salam Fazer,

      Kalau ijazah pendidikan kamu dari universiti swasta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia, maka kamu berpeluang untuk memohon menjadi seorang guru. Kamu boleh pergi ke laman web http://www.moe.gov.my untuk mencari maklumat yang lebih lanjut. Sekian.

  15. suki
    March 31, 2011

    hi, i am fresh graduate from local uni. can anyone can gv me some advise how to join KPLI? how to apply?
    thank you….

    • Admin
      April 2, 2011

      Hi Suki,

      Good day to you. You can apply KPLI if you have passion to become a teacher. You can always go to website of KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) to check for it. There you can check the date open for apply and the due date also. The website is http://www.moe.gov.my. Wish u all the best.

  16. analisa
    April 3, 2011

    adakah penuntut KPLSPM diberi elaun sepanjang pengajian dan berapakah elaun yg diberikan bagi satu semester?penuntut akan diberikan biasiswa atau PTPTN? terima kasih.

    • Admin
      April 10, 2011

      Salam kpd Analisa,

      Ya memang penuntuk KPLSPM ada diberi elaun setiap bulan sampailah tamat pengajian mereka di maktab atau institut pendidikan dan elaunnya adalah lebih kurang 500++. Sekian.

  17. betty
    April 12, 2011

    Salam Admin..ada sedikit pertanya..saya berminat utk menjadi pendidik..Persoalannya saya sudah berusia 28tahun dan berpendidikan SPM ..SPM saya berpangkat 1 BM A2,BI C3,MATH A2..saya cuma tidak berkesempatan utk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi..Saya berpengalaman dalam mendidik bidang Muzik kerana punya Sijil Muzik..Boleh kah saya memohon utk menjadi pendidik?

    • Admin
      April 22, 2011

      Salam Betty,

      Pada usia kamu 28 dan dengan hanya sijil SPM, agak susah untuk memohon KPLSPM. Tetapi kalau kamu menyambung pelajaran ke universiti, admin rasa memang ada peluang untuk kamu menjadi seorang guru. Kamu boleh semak di laman web KPM atau UPSI. Sekian.

  18. afiah
    April 13, 2011

    salam…
    alhamdulillah,saya telah diterima untuk temuduga program kplspm 2011.
    jadi,sy inginkan nasihat dan tips2 untuk membolehkn sy mhadiri temuduga dgn baik skali dan diterima utk mlnjutkan peljrn di ipg….
    temuduga tersebut pada 20.4.2011 ini..
    boleh x bg apa2 nsihat kpd sy?šŸ˜‰

    • Admin
      April 22, 2011

      Salam Afiah,

      Tahniah dan syabas. Tetapi jangan terlalu gembira kerana ini adalah langkah pertama untuk memaksuki maktab. Tips dan nasihat yang boleh admin boleh bagi ialah baca artikel tentang isu-isu guru semasa di suratkhabar tempatan dan melayari laman web di http://www.moe.gov.my untuk maklumat yang lebih lanjut. Sekian dan selamat temuduga.

  19. eleazar
    April 13, 2011

    saya lepasan spm 2010. ada jalan lain untuk menjadi seorang guru ke..selain daripada kplspm?

    terima kasih

  20. eleazar
    April 13, 2011

    saya mendengar khabar daripada kawan saya bahawa dengan memohon upu boleh menjadi guru…adakah ini benar? saya fikir upu ialah belajar diploma sj jadi saya tak mohon. tetapi sudah tarikh tutup agaknya T-T

    • Admin
      April 22, 2011

      Salam Eleazar,

      Pada pendapat admin cikgublog, tidak semestinya selepas tamat ujian di upu boleh terus menjadi guru. Kamu mesti mempunyai sijil perguruan atau diploma pendidikan atau bacelor pendidikan untuk menjadi seorang guru.
      Ada beberapa universiti yang menawar kursus bacelor pendidikan, kamu boleh semak di universiti yang kamu minati. Sekian.

  21. asila iza
    April 18, 2011

    assalamualaikum. saya akan pergi temuduga kplspm utk program PPC di luar negara. brapa tahun saya perlu belajar utk mndpt ijazah pertama?

    • Admin
      April 22, 2011

      Salam Asila Iza, untuk KPLSPM di maktab perguruan Malaysia, kursus KPLSPM mengambil 5 1/2 tahun untuk tamat pengajian. Tetapi untuk PPC di luar negara admin tidak berapa jelas. Maaf dan sekian.

  22. syamilah
    April 23, 2011

    Saya memiliki Diploma Kejuruteraan Awam serta Pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru tetap dan kalau boleh guru di sekolah teknik.Apakah langkah yang patut saya ambil?

    • Admin
      April 23, 2011

      Salam Syamilah,

      Pada nasihat admin, kalau boleh kamu mesti sambung belajar sampai ke universiti tempatan terutamanya universiti yang menawarkan degree pendidikan. Kamu boleh cari di laman web local universiti. Selain itu, UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) merupaka salah sebuah u yang boleh anda mohon belajar untuk menjadi seorang cikgu. Sila layari http://www.upsi.edu.my. Sekian dan selamat berjaya.

  23. mnbz_93
    April 29, 2011

    salam.. saya lepasan spm 2010 dan terlepas tarikh permohonan kplspm.. saya mendapat keputusan yang baik dalam spm 2010 dan berharap dapat melanjutkan pengajian ke maktab perguruan atau ppc… tolong bantu atau beri cadangan… saya mohon

  24. syun
    May 8, 2011

    salam….
    saya tlh dtrima untuk diploma di upsi dan surat twran tu tulis semua program upsi lepasan spm bukan untuk lntikan sebg guru..
    adakah sya perlu melanjutkan shgga ijazah untuk dtwrkan mnjd guru ataupun sya perlu memohon untuk mmegang jawatan tersebut?

    • Admin
      May 10, 2011

      Syun,

      Salam dan tahniah.
      Terlebih dahulu saya ingin tahu apakah kursus atau
      program yang kamu mohon di UPSI.
      Dan UPSI adalah satu Institut Pendidikan dan bukan
      Maktab Perguruan di bawah KPM.
      Kalau kamu memang nak jadi guru, baik kamu mohon
      di maktab perguruan di Malaysia.
      Sebenarnya bukan kamu tidak boleh jadi cikgu selepas
      tamat pengajian, tetapi kamu mesti sambung belajar
      ke Ijazah kerana Kementerian Pelajaran Malaysia
      inginkan guru yang berlulusan Sarjana Muda.
      Kamu masih muda, maka berusaha lah semasa belajar
      di UPSI dan sehinggalah ke peringkat Sarjana.
      Sekian, terima kasih drpd admin cikgublog.

  25. shareena
    May 24, 2011

    Hi,
    Im very eager to being a teacher since finish my spm. Im trying to apply for Teaching course but I did’t get cause I just pass my Bio,Chemistry and physics. Since I’m don’t have any strong credits in my science subject, I was continue my diploma in Health Informatics at a private University College, which is major in IT, Management minor in healthcare studies. So, Now my question is by next month I will complete my diploma. Am I able to apply for KPLI? My spm results : 1 A2 in basic maths, 4 B3, 3C6 and My science subjects three of them are 7D, but I did well in my diploma current CGPA: 3.50>

    Please Advise
    Thank you.

    • Admin
      May 26, 2011

      Hi Shareena,

      Nice to here from you and I am ready to give you some advise for your questions.
      First for your course in Diploma Health Informatics, I think that this diploma cert can be just the
      add on for you to apply the teaching course but you cannot apply for KPLI. Because KPLI is for
      those who have a Degree cert in local University or private u that was recognize by
      Malaysia Government especially KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).
      But you still can use your SPM cert to apply the teaching course like KPLSPM and make sure
      you must have your BI and BM credit.
      Or another way is you continue your study until Bachelor Degree in any field you like with
      good result (I think the CGPA must be more than 3.00) and than you can apply for KPLI.
      But now a day, since quite lot of people apply for teacher, so at least you must have some
      experience in teaching to stand out. You can apply for temporaly teacher or contract teacher
      in Primary School or Secondary School to get more experience.
      Hopefully my advise can really help you. Wish you all the best.

      You sincere,
      Admin CikguBlog

  26. ija
    June 4, 2011

    salam admin cikgublog, saya nak tanya macam mana nak mohon jadi cikgu di sekolah menengah teknik atau vokasional? sebab saya sudah tamat pengajian ijazah di ipta. sekian terima kasih.

  27. remy
    August 14, 2011

    hye admin..saya nak tnya saya graduat degree dr ipta pada 2006 so tahun nie umur saya 27..adakah umur saya layak untuk memohon memasuki maktab perguruan sebab rasa hendak jadi guru.jika layak dimanakah nak dapat borang tersebut..sekian terima kasih..

    • Admin
      August 15, 2011

      Salam Remy,
      Kamu masih layak memohon untuk kursus KPLI tetapi dengan syarat keputusan CGPA yang baik dalam sijil anda. Sekian.

  28. Mohdafiq
    September 4, 2011

    Salam,

    saya lepasan spm 2008 dan tahun ini (2011) saya berumur 20 tahun jadi melihatkan kepada kelayak kplspm pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 20 tahun dan berkmungkinan besar saya mmg tidak layak untuk sesi 2012 memandangkan saya terlepas sesi 2011. Sebelum ini juga saya melanjutkan pelajaran di peringkat asasi undang2 di sebuah ipta tempatan.

    Mohon pihak cikgublog beri cadangan kerana saya ingin benar menjadi seorang guru. Jalan mana yang harus saya pilih. Terima kasih.

    • Admin
      September 7, 2011

      Salam Mohdafig,

      Terima kasih kerana berminat untuk menjadi cikgu.
      Kerana Negara Malaysia masih memerlukan pemuda-
      pemudi seperti anda untuk mendidik anak generasi muda.
      Admin ada tuliskan sebuah ebuku bertajuk “Ingin Jadi Cikgu”,
      dalam buku ini ada memberitahu sedikit panduan cara untuk
      memohon menjadi cikgu. Kamu boleh dapatkan ebook ini
      melalui website saya di petak sebelah kanan untuk daftar sebagai
      ahli pembaca cikgublog dan kemudian anda boleh terus download
      panduan ini secara percuma. Sekian terima kasih.

      Yang ikhlas,
      Admin Cikgublog

  29. adibah
    September 14, 2011

    salam cikgu blog, saya ingin bertanya untuk KPLI/DPLI AMBILAN JANUARI 2012 , bile ye tarikh permohonan dibuka, Saya memiliki ijazah sains kimia dari UTM

  30. lindasolehah
    October 12, 2011

    assalamualaikum..
    saya sekarang sedang bekerja di syarikat swasta dan mempunyai diploma IT politeknik, bolehkah jika saya membuat PJJ dalam bidang pendidikan di oum? adakah saya boleh mengambil program PJJ degree pendidikan dengan hanya memiliki diploma? apakah langkah yang patut saya lakukan? tolong saya….

    • Admin
      October 16, 2011

      Hi Linda Solehah,

      Maaf, setakat ini tiada PJJ dalam pendidikan.
      Kalau nak jadi cikgu, kena mohon melalui Portal KPM
      yang berkursus sepenuh masa di Institusi Perguruan.
      Anda boleh cuba mohon di UPSI juga. Sekian.

  31. 3r1cl33
    February 18, 2012

    saya bakal menamatkan pengajian di IPTA dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Apakah procedure yg saya kena ikut jika saya hendak menjadi cikgu sekolah?

  32. doremon1
    February 22, 2012

    saya lepasan ijazah dalam bidang graphic design uitm,bagaimana cara untuk saya menjadi guru graphic di sekolah dan berapa lama tempoh untuk menjadi seorang guru..

  33. Khairunnisa Md Asari
    July 15, 2014

    Salam Admin,
    Saya calon SPM pada tahun ini. Saya sedang dalam proses merangka matlamat saya untuk menggenggam kerjaya sebagai guru cemerlang dengan lebih sistematik. Bolehkah admin berkongsi tips-tips sekiranya saya ingin mengambil bidang pengkhususan matematik dalam aliran sekolah rendah?. Dan sekiranya saya ingin memilih maktab yang ada di negeri Sabah, bolehkah admin cadangkan maktab yang memiliki elaun dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik?.

  34. ellyca binti paul
    January 14, 2015

    Salam sejahtera..sy nak tahu,tahun ini ada tak pengambilan kpli bg kursus kadazandusun or prasekolah..tq

  35. taufiq
    May 17, 2015

    saya lepasan spm 2006….boleh mohon tak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 16, 2009 by in Cikgu, Guru, Kerjaya Guru, Maktab Perguruan and tagged , , , , .
%d bloggers like this: