Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Cara-cara Menjimatkan Duit

Cikgu, Suburkan Tabiat Menabung Untuk Masa Depan

Ekonomi dunia semakin merosot dan banyak kilang mengalami kerugian dan akhirnya mengakibatkan pengangguran pekerja yang berterusan. Memandangkan Malaysia juga terjejas akibat kemelesatan ekonomi sedunia, maka admin CikguBlog menulis artikel yang bertajuk: ‘Suburkan Tabiat Menabung Untuk Masa Depan’ khas untuk cikgu dan rakyat di Malaysia.

Tabiat menabung perlu disemai pada setiap orang cikgu supaya apabila mereka kesempitan wang, duit itu dapat membantu mereka dalam keadaan kecemasan dan tidak perlu lagi meminta ‘bank loan’ atau meminjam duit daripada ibubapa. Ia bukan saja dapat membantu keluarga cikgu menyelesaikan masalah kewangan tetapi juga berjaya mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, tabungan yang dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan pelajaran anak-anak cikgu pada masa akan datang.

Ada cikgu yang memang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bersama cikgu-cikgu di Malaysia bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah.

  1. Berhenti merokok : (Jimat Rm150)
  2. Memasak sendiri : (Jimat Rm300)
  3. Cuci kereta sendiri : (Jimat Rm50)
  4. Beriadah di rumah : (Jimat Rm100)
  5. Ajar anak anda sendiri : (Jimat Rm300)
  6. Kurangkan pembelian baju: (Jimat Rm150)
  7. Bawa bekalan ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
  8. Bayar bil kredit kad pada masanya : (Jimat Rm100)
  9. Rancang pembelian barangan dapur : (Jimat Rm50)
  10. Berkongsi kereta ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
  11. Mengguna SMS dan kurangkan panggilan telefon: (Jimat Rm100)
  12. Berkongsi surat kharbar atau majalah dengan jiran: (Jimat Rm50)
  13. Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet : (Jimat Rm50)

Jumlah jimat dalam satu bulan = Rm1500 (bersamaan dengan Rm50 sehari)

Bayangkan kalau semua jumlah yang dijimatkan tadi berjaya dikumpulkan pada tahun itu, cikgu boleh menabung sejumlah Rm18,000 setahun. Apa yang anda boleh buat dengannya ialah menggunakannya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan yang lebih buatlah pelaburan saham amanah bagi mendapat pulangan jangka panjang yang menguntungkan.

Maka jelaslah bahawa tabiat menabung memang meuntungkan bukan sahaja pada cikgu sendiri tetapi keluarga cikgu juga dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Kerana tanpa duit atau tidak cukup duit untuk berbelanja semasa kecemasan, seseorang atau sesebuah keluarga akan menjadi tidak tenteram dan akhirnya akan wujud suasana yang tidak aman sesama ahli keluarga. Akhir sekali, harap-harap artikel ini dapat meyakinkan cikgu untuk mula menabung demi masa depan cikgu yang lebih ceria. Sekian daripada admin CikguBlog.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 9, 2009 by in Cikgu and tagged .
%d bloggers like this: