Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

ICT Dalam Pendidikan

Pendidikan ICT Di Malaysia

ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1.    meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2.    memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3.    memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4.    meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5.    menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6.    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga   pengajar, dan personel KPM;
7.    meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8.    meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9.    meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10.    meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 27, 2009 by in Program ICT and tagged , , .
%d bloggers like this: