Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan SPM

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM)

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

{Kementerian Pelajaran Malaysia Mempelawa Calon-Calon Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yang Berkelayakan, Berpotensi, Berminat Dan Beriltizam Untuk Mengikut Salah Satu Program Yang Ditawarkan Dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Seperti Di Bawah:}

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.

Sesiapa yang ada minat untuk memohon kursus ini, boleh muat turun e-panduan tentang cara-cara dan syarat-syarat untuk memohon Kursus KPLSPM  atau kursus perguruan lain. Sila isikan nama dan emel anda di petak borang sebelah kanan untuk mendapatkan buku panduan cara memohon kursus perguruan (Ingin Jadi Cikgu) yang disediakan oleh admin cikgublog secara percuma. Semoga anda mendapat manfaat daripada e-panduan ini. Sekian terima kasih.

Tolong hantar LINK ini kepada kawan anda yang ingin memohon kursus perguruan dengan klik logo ‘TELL A FRIEND‘ di bawah.  Malaysia memerlukan guru seperti anda. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.
Tell a Friend

3 comments on “Kursus Perguruan Lepasan SPM

  1. aRVy
    July 25, 2010

    saya lepasan spm dengan keputusan 2a utk bhs inggeris dan sains, dan credit utk subjek yg lain…….tapi umur saya sudah 21 tahun….oleh itu, kelayakan saya tidak memenuhi syarat utk memasuki KPLSPM….saya sangat berminat …..adakah cara atau pilihan lain yang saya boleh buat?

    • Admin
      August 24, 2010

      Anda boleh sambungkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi pengajian tinggi di negara Malaysia atau luar negara dengan syarat sijil Ijazah tersebut mesti diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemudian memohon untuk Kursus KPLI.

  2. Izah
    March 21, 2014

    salam cikgu.sy plajar spm 2013 dri kuching,sarawak.minat sy nak jdi ckgu bio/cikgu bi skh menengah tapi bilasy lihat maktab guru batu lintang,tawaran yg diberikan untuk skh rendah saja.jadi bagaimana cara saya nak jdi guru antara dua subjek tersbut yg mngajar di skh mnengah?terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 10, 2009 by in KPLSPM, Kursus and tagged , .
%d bloggers like this: