Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sistem Aduan Disiplin KPM

Laman Aduan Disiplin Bahagin Sekolah

Aduan Disiplin

Atas dasar keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan disiplin di sekolah terkawal dan menepati standard yang digariskan, satu langkah menyediakan laman web Sistem Aduan Displin (SAD) telah dilaksanakan. Laman ini merupakan salah satu usaha daripada pihak kementerian dalam memastikan perkhidmatan yang mereka sediakan memenuhi keperluan masyarakat. Ia juga untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya aspek aksesibiliti atau kemudahcapaian pendidikan, kesamarataan peluang pendidikan dan aspek kualiti pendidikan dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat.

Objektif:
Perlaksanaan laman web SAD ini adalah bertujuan untuk menentukan visi Bahagian Sekolah dicapai dengan cemerlang terutama kea rah meningkatkan Kualiti Pengurusan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia juga akan memastikan wujudnya satu system kerja yang terancang serta sistematik di dalam mengurus tadbir hal ehwal persekolahan, guru dan murid.

Antara lain, laman web ini mensasarkan peningkatan dari segi kualiti perkhidmatan di mana kehendak dan ekspektasi pelanggan adaalh menjadi motif utama. Apabila segala eskpektasi pelangggan dapat dipenuhi, ia secara tidak langsung membawa maksud keberkesanan di dalam pengurusan pentadbiran dan akan memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Begitu juga dengan kualiti kerja yang dapat ditingkatkan dengan adanya pemantauan berterusan serta memastikan setiap urusan pelanggan dapat dilaksanakan dengan mesra, cekap dan tepat.

Aduan Online:
Untuk membuat aduan secara online, pihak kementerian telah menyediakan satu borang khas untuk diisi oleh pengadu. Borang maklumat tersebut akan dihantar terus kepada pihak kementerian untuk disiasat. Segala perincian perlu diisi untuk memastikan aduan dapat diambil tindakan secara segera.

Pihak pengguna juga boleh melihat status aduan mereka pada Semakan Status Aduan. Ini memudahkan pengadu untuk memantau sama ada aduan mereka sudah diambil tindakan atau belum. Ini disebabakan oleh sesetangah aduan memerlukan masa untuk diambil tindakan terutama dalam proses untuk menyiasat.

Turut dimuatkan ialah ruang maklum balas daripada pihak kementerian mengenai aduan yang dibuat. Maklum balas ini akan memastikan segala bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pentadbir dapat dinikmati oleh pengguna secara optimum. Sekian terima kasih.

Link ke Laman Aduan KPM: http://apps.emoe.gov.my/sad/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 27, 2009 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: