Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Guru Cemerlang

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.
Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 5, 2009 by in Kerjaya Guru and tagged .
%d bloggers like this: