Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

UPSR Patut Diteruskan Lagi?!

UPSR Kayu Pengukur Pencapaian Akademik

Ada beberapa pihak telah meminta supaya UPSR diubahsuaikan atau dimansuhkan dan diganti dengan ujian lain yang lebih praktikum. Kerana mereka berpendapat bahawa UPSR ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem peperiksaan itu. Masalah itu timbul dari mana? Itulah yang perlu kita cari dan selesaikan supaya pendidikan di negara kita kekal bertaraf tinggi.

Jika sebelum ini UPSR merupakan pengukur kepada pemilihan murid ke asrama penuh, apakah ia masih sesuai dan relevan untuk murid-murid di sekolah rendah? Sebab murid yang mengambil UPSR hanya akan mementingkan subjek yang utama (BM, BI, Maths, Science) sahaja yang akan dikira markah dan gred. Bagi subjek bukan teras, mereka hanya belajar sambil lewa. Perkara ini tidak dapat membantu menentukan tahap sebenar akademik murid.

Walaupun kerajaan belum bercadang memansuhkan UPSR, tetapi ia memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi mengelak ia dianggap tidak relevan. Bagi sesetengah guru, mereka berpendapat bahawa UPSR masih relevan dan tidak harus dimansuhkan dahulu memandangkan tiada lagi sistem yang lebih baik untuk menggantikannya.

Bagi Ibubapa dan masyarakat, mereka perlu faham bahawa UPSR diwujudkan bagi melihat pencapaian murid selepas enam tahun belajar di sekolah rendah. Melalui UPSR, guru dapat menilai mereka dari segai pelajaran, sahsiah dan kebolehan selain kesediaan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah. Justeru itu, tidak ada sebab  UPSR perlu dimansuhkan (buat masa ini) tetapi sebaliknya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut kehendakan pendidikan sedunia.

Akhir kata, walaupun UPSR tidak sepenting PMR, SPM atau STPM, tetapi ia masih perlu dilaksanakan demi memastikan murid dapat bersaing dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat mereka. Dengan adanya peperiksaan UPSR, guru dan murid di sekolah rendah akan lebih bersemangat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 27, 2009 by in Berita.
%d bloggers like this: