Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Kenali Jalur Gemilang

Kibarlah Jalur Gemilang Bendera Malaysia

31 Ogos 2009 – tarikh di mana negara kita meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Kibarlah Jalur Gemilang

Setiap negara mempunyai benderanya sendiri. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia merupakan suatu simbol yang melambangkan identiti sesebuah negara. Penggunaan dan penghormatan ke atas bendera dapat meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.

Malaysia juga mempunyai benderanya sendiri. Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini mewakili keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bahagian berwarna biru tua di sebelah atas kiri hingga membawa ke atas jalur merah kelima bermakna perpaduan rakyat Malaysia. Anak bulan dan bintang yang berwarna kuning di dalam bahagian berwarna biru menandakan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 juga menandakan perpaduan di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Warna kuning pada bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 1, 2009 by in Berita and tagged .
%d bloggers like this: