Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Permohonan Ke Tingkatan Satu

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dan Kelas Aliran Agama (KAA) Sekolah Menengah Harian Sesi Persekolahan 2010

A). Syarat-syarat kelayakan permohonan masuk ke Sekolah Rancangan Khas adalah seperti berikut:

  1. Lulus Peperiksaan UPSR tahun 2009 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 4A1B untuk ke Rancangan Khas Negeri dan 3A2B untuk ke Rancangan Khas Daerah. Keutamaan kepada yang memperoleh keputusan 5A.
  2. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  3. Warga negara Malaysia.
  4. Bersekolah dan tinggal menetap di negeri ini.
  5. Mempunyai rekod disiplin yang baik.
  6. Umur tidak melebihi 13 tahun pada 1 Januari 2010.

B.)  Syarat-syarat kelayakan permohonan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) adalah seperti berikut:

  1. Lulus Peperiksaan UPSR tahun 2009 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 4A1B untuk ke SMKA dan 2A3B untuk ke Kelas Aliran Agama (KAA). Keutamaan kepada yang memperoleh keputusan 5A.
  2. Keputusan Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam (Tahun 6) 2009 sekurang-kurangnya 3A1B.
  3. Lulus Penilaian PAFA di peringkat Peperiksaan UPSR 2009.
  4. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  5. Warga negara Malaysia yang beragama Islam.
  6. Bersekolah dan tinggal menetap di negeri ini.
  7. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  8. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  9. Mempunyai rekod disiplin yang baik.
  10. Mempunyai minat yang tinggi untuk belajar di sekolah-sekolah aliran agama.
  11. Umur tidak melebihi 13 tahun pada 1 Januari 2010.

2 comments on “Permohonan Ke Tingkatan Satu

  1. HazwanHakim
    November 2, 2009

    Salam….saya pelajar tahun 3 2009 UTeM jurusan Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi. Saya berminat untuk menyambung bidang perguruan di UPSI iaitu jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat. Adakah jurusan ini sesuai dengan saya? dan apekah elemen2 yang biase diajar oleh guru2 lepasan dariapda jurusan ini??

    • Admin
      November 4, 2009

      Hi Hazwan Hakim dan Salam Sejahtera, saya adalah admin CikguBlog dan juga seorang cikgu yang sedang mengajar di SK. Saya berasa gembira kerana kamu sudah tahu apa bidang yang akan kamu ceburi, iaitu perguruan. Disini, kamu mesti habiskan pendidikan kamu sehingga ke form 5 barulah kamu boleh daftar ke UPSI dengan keputusan yang cemerlang. Tahun pengajarannya adalah 4setengah hingga 5 tahun. Ada juga yang dihantar ke luar negara untuk sambung belajar mengikut subjek kursus pada akhir 2 tahun. Tetapi pada masa sekarang, anda patut belajar dengan bersungguh-sungguh dahulu sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Semoga anda terus berjaya dalam pendidikan kamu. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 1, 2009 by in Informasi Pendidikan and tagged , , .
%d bloggers like this: