Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Apa Itu SP Chart

Tentang S-P Chart Analisis

Terdapat sebilangan guru yang masih kurang faham tentang S-P Chart. Maka Admin CikguBlog akan memberi sedikit penerangan tentang program ini. Harap guru-guru yang masih belum mahir atau belum cuba program ini dapat memperolehi sedikit maklumat berkenaan dengan program SP Chart.

S-P Chart telah diperkenalkan kepda semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kinta Utara pada penghujung 2007, manakala bengkel penyediaan dan menganalisis carta telah diberikan kepada semua Penolong Kanan dan Setiausaha Peperiksaan sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara selepas itu.

Memandangkan pentingnya carta S-P kepada guru-guru Kinta Utara, bengkel pengukuhan diberikan semula. Kali ini guru-guru mata pelajaran pula akan terlibat. Diharapkan melalui cara ini penggunaan S-P Chart akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah dalam analisis peperiksaan dan ujian.

Pemahaman Dan Aplikasi

Melalui kaedah S-P Chart membolehkan para guru menganalisis data pengjaran untuk tujuan memahami kefahaman murid dan seterusnya mengubahsuai pengajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Permarkahan ujian dan maklum balas prestasi ujian pelajar
  2. Maklum balas prestasi individu dan kumpulan
  3. Analisa jenis kesilapan pelajar
  4. Analisa proses pengajaran dan hiraki unit-unit pengajaran
  5. Analisa item soalan
  6. Simulasi markah ujian
  7. Pembinaan profil prestasi individu bagi ujian berulang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 16, 2009 by in SP Chart and tagged , .
%d bloggers like this: