Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

NUTP Malaysia

National Union of  The Teaching Profession

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia

Segala persoalan yang berkenaan dengan kebajikan, kenaikan pangkat atau gaji guru boleh dirujuk atau memberi pandangan kepada pihak NUTP untuk dikaji semula. Disini, admin cikgu blog telah menyediakan alamat laman web NUTP utama dan alamat cawangan di setiap negeri. Ini akan menyenangkan cikgu untuk berhubung atau berurusan dengan mereka dengan lebih cepat supaya masalah cikgu boleh diberi perhatian dalam masa yang singkat. Semoga maklumat ini dapat memberi sedikit bantuan kepada guru-guru di malaysia. Sekian terima kasih.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
13 & 15, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu, Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur
Tel: 03-62510621/ 62510623, Faks: 03-62511060/ 62582946
Laman Web: http://www.nutp.org

KPPK Cawangan Johor http://www.kppkjohor.net.my

KPPK Cawangan Kedah http://www.nutpkedah.net

KPPK Cawangan Kelantan http://www.nutp-kelantan.com

KPPK Cawangan Melaka Tel: 06-2861030

KPPK Cawangan Negeri Sembilan http://www.nutpns.org

KPPK Cawangan Pahang Tel: 09-5137959

KPPK Cawangan Perak Tel: 05-8072661

KPPK Cawangan Perlis Tel: 04-9781169

KPPK Cawangan Pulau Pinang http://www.nutppg.com

KPPK Cawangan Selangor Tel: 03-55116588

KPPK Cawangan Terengganu Tel: 09-6311481

KPPK Wilayah Persekutuan http://www.nutpwp.org

9 comments on “NUTP Malaysia

  1. burnrover
    April 20, 2010

    SAYA INGIN BERTANYA…APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH DI AMBIL KEPADA PK1 SEKOLAH YANG TELAH BERPENCEN TAPI MASIH DATANG MENGGANGU PENTADBIRAN SEDIA ADA.DAN CUBA MEMPENGARUHI DAN MEMBELA KRONI2NYA YANG MENDAPAT MARKAH YANG TIDAK TIDAK RELEVAN PADA MEREKA.

    DAN SAYA INGIN BERTANYA ADAKAH CARA YANG LAIN UNTUK MEMOHON TIME BASED DGA32,SEDANGKAN SAYA TELAH LEBIH 10 TAHUN BERKHIDMAT,NAMUN SEGALANYA SIA2 AKIBAT LNPT SAYA YANG TIDAK PERNAH SAYA KETAHUI,KURANG DARI 80 MARKAH,PADA AWALNYA DIPERSETUJUI LEBIH DARI 80MARKAH DALAM TULISAN PENSIL…NAMUN DISEBALIK ITU MARKAH YANG DIPERSETUJUI HANYA UNTUK MENGABURI MATA SAJA..
    SAYA TERINAYA..BILA DI AJUKAN SOALAN TTG KEBAJIKAN DAN KELAYAKAN DAN APA YANG PATUT SAYA DAPAT .JAWAPAN BIARLAH TUHAN SAJA YANG MEMBALASNYA..DIMANA TUGAS PIHAK GURU BESAR,DAN TERUTAMA PPD ..HINGGA PEKELILING PUN TAHU.

    • Admin
      May 5, 2010

      Tak pernah dengar kes macam ni berlaku, tetapi kalau memang kes ini wujud, baiknya cikgu berbincang dengan pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar dan juga PIBG sekolah.

  2. GURU BERSEMANGAT
    January 2, 2011

    Saya ingin bertanya mengenai peraturan yang membolehkan sekolah memulakan sesi persekolahan ( PROGRAM TRANSISI MURID MURID TAHUN SATU), Pada 27 Disember 2010 yang lalu? Pada masa itu semua guru diwajibkan hadir bertugas. Guru guru yang mempunyai urusan pejabat ketika itu, diarahkan mengambil CUTI REHAT KHAS, sedangkan pada masa itu masih berada dalam cuti akhir tahun. Pada 30 Disember, guru guru diwajibkan bertugas dari jam 7.00 am hingga 5.00pm. Mohon di jelaskan sekiranya ada peraturan yang membenarkan pentadbir sekolah melakukan program seperti itu.

  3. GURU BERSEMANGAT
    January 2, 2011

    Sekali lagi saya ingin bertanya mengenai sebuah sekolah SJK (C) yang mewajibkan guru gurunya terlibat dalam aktiviti KUTIPAN DANA SEKOLAH untuk membina dewan yang dianjurkan oleh LEMBAGA sekolah tersebut. Aktiviti itu dilakukan pada 19 Dis hingga 21 Dis 2010 yang lalu di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Jarak dari sekolah ke kota kinabalu ialah 105 km. Guru guru diwajibkan melakukan tugasan luar sekolah selama 2 malam 3 hari iaitu bersamaan lebih 48 jam. Pada masa itu cuti sekolah telah bermula. Mohon di berikan penjelasan?

    Soalan seterusnya, Pentadbir sekolah tersebut pernah mengadakan mesyuarat dari jam 2.00pm hingga jam 6.00 pm. Guru guru terabai tugasan di rumah untuk mengurus rumahtangga dan ada yang tertinggal solat asar. Mohon diberikan penjelasan.

    Soalan berikutnya, mampukah guru mengajar dengan berkesan sekiranya diberikan jadual mengajar 31 hingga 34 kali seminggu, sedangkan sekolah ini sekolah SJK C yang sangat banyak bebanan tugasan seperti menanda buku latihan yang melebihi 3 kali ganda berbanding dengan sekolah sekolah biasa. Mohon penjelasan dari pihak admin.

    • Admin
      January 2, 2011

      Salam Sejahtera kepada Guru Yg Bersemangat,

      Soalan cikgu sepatutnya ditujukan terus kepada admin atau pegawai NUTP. Sebab admin cikgublog hanyalah seorang guru biasa yang mengajar di SK.
      Masalah yang dihadapi oleh cikgu sangat serius dan mesti diberi perhatian. Cikgu boleh bertanya dan berbincang dgn Guru Besar atau PK tentang masalah yang telah dihadapi oleh cikgu. Sekian drpd admin cikgublog.com

  4. GURU BERSEMANGAT
    January 2, 2011

    Soalan lagi, Guru Kaunseling diberikan masa seperti guru guru yang lain dan juga dijadikan guru kelas. Adakah ini sesuai?

    • Admin
      January 2, 2011

      Hi Guru Bersemangat,

      Memang tidak sesuai Guru Kaunseling diberikan masa sama seperti guru kelas dan juga diberi tugas sebagai guru kelas. Di sekolah saya, Guru Kaunseling hanya bertumpu pada soalan masalah disiplin murid. Beliau juga selalu menganjurkan program atau taklimat tentang disiplin dan bimbingan. Maka pada pendapat saya, Guru Kaunseling tidak wajar diberika tugas guru kelas. Sekian.

  5. rali ismail
    November 10, 2015

    PKP menjalankan tugasan GB..memang tidak dinafikan..Tiadakah cadangan untuk beri skim khas kepada mereka ..umur dah 50 ke atas…nak sambung belajar tak da peluang..jasa mereka sangat besar kepada sekk0lah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 11, 2010 by in NUTP and tagged , .
%d bloggers like this: