Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Naik Pangkat Guru

Larangan Menggunakan Pengaruh Luar Untuk Mendapat Sesuatu Jawatan Naik Pangkat Di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Merujuk pada Peraturan 4(2): Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh:-

“Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, samada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.”

Walau bagaimanapun, didapati ada segelintir warga Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) dan Anggota Kumpulan sokongan (AKS) telah cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar supaya mana mereka dipertimbangkan untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini.

Jika perkara ini tidak dibendung dan dikawal, dikhuatiri ia boleh memberi satu gambaran yang kurang sihat di kaca mata orang ramai bahawa prinsip-prinsip pemangkuan dan penempatan seseorang PPPS atau PPPLD atau AKS untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini dibuat tanpa berasaskan kepada sesuatu kriteria yang jalas dan “transparent” tetapi boleh dipengaruhioleh pihak-pihak luar yang berpengaruh serta berkepentingan.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) pada 3 Jun 2009 telah memutuskan mana-mana PPPS, PPPLD dan AKS yang berkhidmat di kementerian Pelajaran Malaysia yang cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar untuk mendapatkan sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini akan diambil tindakan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Oleh yang demikian, besarlah harapan sekiranya Y.Bhg Datuk/Dato’/ Datin/ Tuan/Puan dapat mengemukan keputusan Mesyuarat pengurusan KPM ini kepada pegawai dan staf di bawah penyeliaan masing-masing. Sekian.

5 comments on “Naik Pangkat Guru

  1. burnrover
    April 20, 2010

    slm,jika diteliti kenaikan pangkat dlm pendidikan adalah dari pentadbiran sekolah itu sendiri..namun yang menyedihkan terlalu banyak sancikfgugat kroni dan pandangan yang membuat penilaian.Ada yang teraniaya oleh sebab Penolong Kanan 1 yang menilai terlalu ikut rasa dan terlalu memandang pengaruh luar dari atau persepsi dari kerja yang diberi pada sekolah akibatnya…markah LNPT diberi 55 markah…seolah olah guru itu langsung tidak mengajar.dan yang menyedihkan Penolong Kanan 1 tersebut sudah hampir satahun berpencen.(untuk makluman beliau ini seorang perempuan)masih datang kesekolah berjumpa kroninya dan menyangkal kerja kerja penolong Kanan yang sedia ada memberi komen tentang kelayakan dan intergriti seseorang guru yang mana semasa beliau berkhidmat disekolah tersebut.sedangkan beliau sendiri semasa bertugas sanggup tinggalkan kelas semata2 untuk mengintai guru yang mengajar betul atau tak betul.

    Entahlah pemikiran sempit beliau,menabur pasir dalam periuk nasi kepada guru -guru yang tidak sebulu dengan beliau..Namun di akhir dan dihari terakhirnya pun kami masih meraikan hari terakhirnya di sekolah..TAPI kami tak lupa pada ANUGERAH MARKAH CEMERLANG YANG DIHADIAHKAN KEPADA GURU-GURU YANG MANA MARKAH HANYA BAWAH 80 HINGGA 53 MARKAH LNP..KECUALI KRONINYA MENDAPAT HABUAN YANG 85 KEATAS.KATA BELIAU.PIHAK PEJABAT TELAH BERSETUJU DENGAN MARKAH YANG TELAH DIBERI OLEH BELIAU KEPADA KAMI.SO MANAKAH KEADILAN DALAM MEMILIH YANG LAYAK NAIK PANGKAT DAN MENIKMATI DGA32 YANG TELAH LEBIH 10 TAHUN BERKHIDMAT ..ITU PUN DISEKAT DENGAN MENGGUNAKAN MARKAH LNPT.BILA DI AJUKAN TENTANG TIMES BASED..DIKATAKAN BELUM ADA LAGI TAWARAN DAN TIDAK LAYAK..WALHAL MARKAH LNPT SELAMA INI DI SIMPAN TANPA PENGETAHUAN GURU-GURU…ADILKAH KEPADA KAMI JIKA ADA PIHAK PENTADBIR YANG BERSIKAP BEGINI.

    UNTUK NAIK PANGKAT KOMEN DIBERI OLEH PIHAK PENTADBIR TAPI TENGOKLAH PENTADBIRAN YANG BAGAIMANA…ISLAM TAPI BUSUK HATI

    • Admin
      May 5, 2010

      Kalau kes ini berlaku pada cikgu, saya rasa ini memang tidak adil. Sebab markah LNPT bukan diberi hanya berdasarkan PK1, Guru PK1 sepatutnya bertanya atau mendapatkan sedikit maklumat dan pandangan daripada PK HEM dan PK Koko tentang prestasi seseorang guru. Ia perlu diberi perhatian dalam banyak persepsi dan bukan sahaja dalam P&P.

  2. burnrover
    April 20, 2010

    ADA SESIAPA YANG BOLEH TOLONG SAYA ????
    SEMUA HAK SAYA TIDAK DI IKTIRAF..MENGAJAR SAINS DLM BI PUN SAYA DISANGKAL TIDAK LAYAK MENDAPAT BISP..TAK LAYAK KATANYA..JIKA DI IKUT SAYA BOLEH MENUNTUT TUNGGAKAN SAYA RM 5RIBU LEBIH..TAPI BERBAGAI ALASAN YANG DIBERI.

    • Admin
      May 5, 2010

      Memang adanya masa hal sebegitu berlaku pada seseorang cikgu, tetapi apa yang boleh cikgu buat ialah bersabar dulu dan bertanya pendapat daripada guru-guru di sekolah anda.

  3. jelita
    May 22, 2011

    burnover, harap2 sgt emel saya dan tinggalkan no tipon atau sms saya di 0193540717. geng kongsi problem sama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 21, 2010 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: