Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Permohonan Kursus KPLSPM

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

1.  Keterangan Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus adalah Sepenuh Masa

2.  Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1992
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut.
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)

3.  Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bidang pengkhususan yang ditawarkan beloh merujuk pada laman web http://www.moe.gov.my

4.  Cara Memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my bermula awal bulan setiap tahun (tarikh belum pasti lagi).
  • Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama tuntuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5.  Tarikh Tutup Permohonan : akan ditentukan kemudian

6.  Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon: 03-88841260/1245/1235/1229/1228/1243

3 comments on “Permohonan Kursus KPLSPM

  1. mnbz_93
    April 29, 2011

    salam… saya adalah lepasan spm 2010 dan terlepas tarikh permohonan kplspm disebabkan masalah tertentu.. adakah cara lain untuk memohon kplspm… saya mendapat keputusan yg baik dalam spm 2010 dan berharap dpt melanjutkan pengajian di maktab perguruan.. tolong bantu saya… atau cadangkan cara lain

  2. tyra
    September 19, 2011

    salam. saya adalah lepasan spm 2009 dan terlepas juga untuk memohon kplspm. saya ingin bertanya adakah saya masih layak untuk memohon? saya lahir pada tahun 20 feb 1992. jadi masih sempatkah untuk saya memohon? saya agak confius disitu. harap cikgublog dapat menjawap pertanyaan saya. thx.

    • Admin
      September 19, 2011

      Tyra,
      Semoga sihat.
      Berkenaan soalan anda, kamu masih berpeluang untuk memohon
      Kursus KPLSPM asalkan umur kamu tidak melebih 20 tahun
      pada masa kamu mohon. Admin rasa kamu tidak boleh
      terlepas lagi peluang pada tahun hadapan.
      Admin akan tolong memerhatikan tarikh buka untuk memohon
      Kursus KPLSPM dan saya akan letakkan tarikh di cikgublog.com
      Harap maklum dan sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 11, 2010 by in KPLSPM and tagged , , , .
%d bloggers like this: