Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

KPLI Ambilan Jun 2010

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLR SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1977.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  • Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Cara Mengemukakan Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
  • Tarikh tutup permohonan : 21 Februari 2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, silalah memohon kursus ini. Sekian terima kasih.

27 comments on “KPLI Ambilan Jun 2010

  1. shuada
    April 27, 2010

    salam cikgu.sy nak tanya la,kalu dapt panggilan ke KPLI,bole ka mengandung?

    • Admin
      May 5, 2010

      Shuada, kalau dapat panggilan ke kursus KPLI, anda sepatutnya tidak boleh mengandung. Tetapi ada kes ini berlaku juga dan terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan atau semester lain.

  2. Intan Hafiona
    June 2, 2010

    Hi ckgu,,sy nk mnta cadangan dan panduan.
    Saya adalah lepasan STPM 2009. Saya ingin memohon d maktab perguruan. hingga sekarang saya masih belum lagi mendaftar.
    Macamna dan bila lagi saya boleh mendaftar untk maktab perguruan??

    • Admin
      June 7, 2010

      Hi Intan, cikgu rasa sudah lambat kalau anda belum lagi memohon untuk khusus perguruan pertengahan tahun. Tetapi jangan risau, bulan Ogos atau September kamu boleh beri perhatian disuratkhabar atau laman web http://www.moe.edu.my untuk informasi pendidikan yang terkini. Harap-harap kamu dapat memohon untuk menjadi seorang cikgu. Sekian.

  3. Intan Hafiona
    June 12, 2010

    Ckgu, kalau saya mmg berminat dengan kerjaya guru, apa kelayakan bagi mengikuti kursus perguruan??Kptusan STPM saya bru2 ni sy tlh mndpt 4Princpl.
    sila cadangkan kursus yg sy layak ikuti untuk ambilan seterusnya..

    • Admin
      June 15, 2010

      Hi Intan,
      Keputusan STPM dengan 4 Principal memang boleh apply untuk kerjaya guru, tetapi cikgu tak pasti apa jurusan yang diambil oleh kamu dalam STPM. Kursus yang boleh diambil adalah KLSPM sahaja, maknanya kamu boleh gunakan sijil SPM dan STPM sebagai kredit tambahan untuk memohon kursus perguruan. Disini cikgu ingin mengingatkan bahawa semakin ramai pelajar lepasan SPM sehinggalah ke Universiti juga sedang berebut-rebut memohon kursus perguruan, maka persaingannya adalah sengit. Tetapi kalau ada kemahuan, disitu ada jalan. Admin cikgublog harap kamu dapat berjaya memohon menjadi seorang pelajar di maktab perguruan. Sekian, terima kasih.

  4. zery
    June 18, 2010

    saya amat berminat untuk menceburi bidang perguruan tapi setiap kali saya apply setiap kali itu juga pemohonan ditolak. Pada tahun ini saya tidak menerima sebarang panggilan ujian seperti mtest. Saya memiliki sekeping ijazah SM dengan pointer 3++ tetapi saya ada sedikit kelemahan iaitu tidak lulus b. inggeris di peringkat SPM dan juga MUET serta mempunyai sedikit ketidakupayaan fizikal kekal (pada fikiran saya ianya tidak akan menghalang saya menjalankan tugasan seorang guru). Adakah kelemahan2 tersebut menyebabkan saya tidak layak dan gagal untuk memohon KPLI. Kita sedia maklum golongan oku seperti saya akan sentiasa didiskiminasikan. Mohon pendapat Tuan/puan.

    • Admin
      June 21, 2010

      Salam Sejahtera kepada Zery dan semoga sihat selalu saya ucapkan terlebih dahulu.
      Sekarang, pada pendapat saya, memang agak susah sangat untuk memohon Kursus KPLI mulai tahun ini dan seterusnya. Ia tidak kena-mengena dengan golongan oku sebab kumpulan siswazah yang berlulusan tinggi dengan pointer yang cukup juga telah tersingkir daripada pemilihan calon untuk mengikuti Mtest atau seterusnya temubual sehinggalah memasuki ke maktab. Statistik yang saya dapat ialah, seramai 70000 pelajar memohon untuk Kursus KPLI dan tempat yang ditawarkan hanyalah 5000 sahaja atau kurang lagi. Maka peluangnya agak nipis. Tetapi jangan mudah putus asa, ada juga segelintir pelajar/siswazah yang sudah lima kali pohon kursus ini akhirnya berjaya memasuki ke maktab perguruan atau institusi pendidikan. Sekian.

  5. Nurul ain
    July 5, 2010

    saya berminat untuk menjadi cikgu…dan saya baru pertama kali hendak apply…boleh saya tahu,bila agaknya saya boleh apply dan bagaimana caranya…untuk pengetahuan cikgu,saya ada ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan(perniagaan antarabangsa).tapi saya tidak tahu macam mana untuk saya gunakan ijazah saya ni untuk konsep perguruan..

  6. shiveenbaby
    July 9, 2010

    saya berminat untuk menjadi seorang Guru.
    saya memiliki degree dalam bidang business administration tetapi kolej yang saya menuntut tidak di iktiraf oleh kerajaan.
    apakah yang patut saya buat, supaya dapat mencapai cita cita saya.

    • Admin
      August 24, 2010

      Anda boleh memohon ke Universiti Kerajaan Malaysia atau mana-mana Institusi kerajaan yang menawarkan bidang kursus Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan untuk mendapatkan degree dalam perguruan. Sekian.

  7. izuanaema
    July 17, 2010

    assalamualaikum..saya sedang menuntut di universiti di jepun dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dan bakal tamat pengajian Mac 2011.sebaik saja tamat pengajian saya bercadang untuk memohon KPLI.memandang proses pengambilan selalunya bermula pada bulan Februari,saya ingin mendapatkan nasihat bilakah masa yg sesuai saya memohon KPLI ini?adakah saya perlu menunggu sehingga Februari 2012?harap pihak tuan/puan dapat memberikan pendapat.terima kasih..

    • Admin
      August 24, 2010

      Salam sejahtera. Admin rasa Izuana memang seorang yang pandai lagi bijaksana. Sebab anda boleh belajar sehingga ke Universiti Jepun, lagi-lagi dalam bidang kejuruteraan elektrik. Selepas tamat pengajian, Izuana boleh menceburi bidang kerjaya kejuruteraan, tak kira elektrik, elektronik atau mekanikal. Memang banyak kerja menunggu anda sebagai seorang jurutera. Tetapi sebelum Izuana memohon menjadi seorang cikgu, Izuana boleh memohon untuk menjadi seorang guru sandaran terlebih dahulu, ini adalah untuk merasa dahulu kerjaya seorang cikgu. Sebab ada segelintir orang memang tidak sesuai untuk menjadi cikgu, seorang cikgu yang bagus bukan hanya mempunyai pengetahuan yang tinggi, tetapi ada jiwa hati yang ikhlas untuk mendidik generasi yang baru. Semoga sihat dan sekian terima kasih.

  8. 880107
    July 19, 2010

    salam sejahtera cikgu. Saya difahamkan bahawa permohonan KPLI memerlukan kelulusan Bahasa English di peringkat SPM. Oleh itu, saya ingin tahu sekiranya Bahasa English saya gagal dalam SPM, tetapi saya dapat Band 3 dalam Ujian MUET. Adakah saya berkelayakan memohon KPLI? terima Kasih

    • Admin
      August 24, 2010

      Salam sejahtera, admin berpendapat bahawa cara yang lagi selamat ialah anda boleh ambil semula kertas BI SPM untuk bulan Julai atau November. Pada masa yang sama anda boleh juga memohon kursus KPLI dengan sijil Band3 Ujian MUET sebagai sokongan. Selamat mencuba, sekian.

  9. jia quan
    October 6, 2010

    cikgu, saya baru sahaja dapat diploma dalam bidang perniagaan(business admin). tetapi sekarang saya berminat untuk menjadi seorang guru, saya ingin mengetahui bagaimanakah saya boleh memohon untuk menjadi guru? jika saya memohon KPLI, bilakah tarikh yang seterusnya untuk memohon? atau saya boleh terus memohonnya sekarang?

  10. suraida
    September 26, 2011

    salam nak tnya..buku kpli masih ada stok lagi ke?adakah buku ni akan berubah dari tahun ke tahun?

    • Admin
      September 26, 2011

      Hi Suraida,

      Buku Panduan KPLI masih ada stok lagi.
      Buku ini tidak akan berubah tetapi akan
      diupdate dari semasa ke semasa mengikut
      trend pendidikan semasa terutamanya cara
      dan perjalanan untuk memohon menjadi cikgu
      di Malaysia.
      Semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang disanjungi.
      Sekian.

  11. john
    September 26, 2011

    kenapa guru sandaran diutamakan daripada kami yang mempunyai kelayakan yang cukup..

    • Admin
      September 26, 2011

      Hi John,

      Trend ini memang mengikut kehendak semasa.
      Guru Sandaran diutamakan kerana mereka telah
      mempunyai pengalaman yang praktikal dalam
      sesi pengurusan dan pengajaran di sekolah kalau
      berbanding dengan calon yang lain.
      Tetapi bukan semua guru sandaran akan diserap sepenuhnya
      ke dalam program perguruan yang disediakan oleh KPM.
      Harap-harap KPM akan juga mengambil perhatian kepada
      calon yang mempunyai Ijazah tetapi belum ada lagi pengalaman
      dalam pengajaran di sekolah. Kita tunggu masa itu lah.
      Sekian.

  12. suraida
    September 27, 2011

    Salam Sejahtera..Buku panduan kpli&kplspm still dpt price RM40 utk. 5buah buku ke?
    Confirm ke intake kpli akn ade jun 2012?
    thanks..

    • Admin
      September 27, 2011

      Hi Suraida,
      >
      > Salam sejahtera.
      > Ya, satu set buku panduan (5 buku) masih RM40.
      > Tentang tarikh yang terkini, saya masih tunggu
      > pengumuman daripada KPM.
      > Biasanya dari tahun-tahun lepas, tarikh permohonan
      > akan dibuka pada awal setiap tahun.
      > Bersedialah dahulu sebelum terlambat.
      >
      > Semoga anda sihat selalu.
      > Sekian, terima kasih.
      >
      > Yang ikhlas,
      > Admin Cikgublog

  13. misae_66
    September 29, 2011

    salam sejahtera..saya berminat hendak mengikuti kursus kpli. boleh saya tahu ipta terdekat untuk saya mengikutinya. Saya tinggal di daerah Kuala Selangor

    • Admin
      September 30, 2011

      Salam Misae,

      Untuk tempat berkursus, biasanya ditentukan oleh KPM
      walaupun calonsudah memilih untuk berkursus mendekati
      dengan rumah sendiri.
      Admin dulu dari Penang tetapi berkursus di Johor dan sekarang mengajar di Perak. Tempat tidak penting, yang penting dapat
      mengikuti Program KPLI di IPTA.
      Semoga anda berjaya memasuki KPLI.
      Sekian, selamat maju jaya.

  14. john
    October 4, 2011

    ada pengambilan bidang muzik ka dalam ambilan KPLI Jun ni?

  15. sue47636
    October 10, 2011

    ASSALAMUALAIKUM..KEPADA ADMIN..ADAKAH INI IKLAN YANG TERBARU BAGI KURSUSU KPLI JUN 2012…KENAPA DI POSTKAN PADA TAHUN 2010?HARAP DAPAT MEMBERI PENJELASAN DENGAN TERPERINCI….

    • Admin
      October 11, 2011

      Harap Maaf,

      Tahun untuk artikel ini telah silap.
      Admin telah perbetulkan.
      Sekian, terima kasih.

      Yang ikhlas,
      Admin Cikgublog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 13, 2010 by in Berita, KPLI and tagged , .
%d bloggers like this: