Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Kursus LDP 2010

BPG: Kursus LDP 2010 Secara School Based

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.

Pengenalan

  1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
  2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
  3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
  4. Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.

Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A)  Pengetahuan Profesionalisme (60%)

  • Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
  • Kandungan dan kaedah pedagogi
  • Pengurusan kurikulum
  • Kreativiti dan Inovasi pedagogi

B)  Kemahiran Profesionalisme (20%)

  • Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik

C)  Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

  • Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills

Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i)   Sinopsi buku
ii)  Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

2 comments on “Kursus LDP 2010

  1. azakims
    August 6, 2010

    Ingin bertanya … adakah wajar pengetua mengarahkan guru-guru mengikuti kursus LDP di Langkawi dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk tambang kapalterbang .. tak boleh claim ….

    • Admin
      August 24, 2010

      Pada pendapat admin, perkara ini tidak pernah atau tidak sepatutnya berlaku kerana LDP boleh diuruskan oleh pentadbir di sekolah atau cara yang lain ialah bergabung dengan sekolah lain yang berdekatan untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 8, 2010 by in Kursus LDP and tagged , , .
%d bloggers like this: