Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Beban Tugas Guru

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1.  Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2.  Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3.  Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4.  Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5.  Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6.  Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7.  Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8.  Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9.  Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya.

8 comments on “Beban Tugas Guru

  1. matrikgold
    July 7, 2010

    Mmg patut asingkn semua tugasan lain.
    cth: makmal komputer -cr la org berijazah yg handle sb mereka ada yg mahir. makmal sains – cr la org yg layak handle supaya jimat masa. sukan – cr org terlatih agar ckgu ppuan ngandung tak jd masalah. kebajikan – cr la org khas yg handle keseluruhan hal ini. cikgu focus pembelajaran je. lebih rela focus walaupn tambah waktu/ms

    • Admin
      August 24, 2010

      Cadangan yang memang bagus. Pandangan anda boleh diterima dan seterusnya dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  2. langutara
    July 18, 2010

    Adakah kesemua guru dibebankan dengan tugas yang disebutkan…
    contoh data.. adakah kesemua guru dibebankan dengan tugas data..
    ICT adakah kesemua guru dibebankan dengan tugas ICT ..

    kenapa beban.. sebabnya guru telah bergelut untuk pulang bila jam menunjukkan 1.30 tengahari….

    tugas bagaimana yang diperkatakan bukan beban?
    adakah jika mengajar 3, 4 masa sehari barulah dikatakan guru itu tiada beban ..

    aku cadangkan guru perlu bertugas seperti kakitangan kerajaan lain .. masuk 7.30 pulang pukul 5 … aku pasti akan tiada lagi beban yang perlu di tanggung oleh guru … kerana masa telahpun mencukupi …

    • Admin
      August 24, 2010

      Ya, memang betul dan cadangan yang diberi boleh diterima dan dipertimbangkan. Masalah sekarang ialah, bukan semua sekolah belajar sepenuh masa. Sekolah yang mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang memang tidak boleh melaksanakan sesi sepenuh masa. Bagi kebanyakan sekolah yang mempunyai satu sesi, waktu kerja guru adalah dari 7:30 pagi hingga 3:30 petang, iaitu cukup 8 jam. Kenapa cikgu balik pada pukul 3:30pm, sebab ada kelas bimbingan, Kelas tambahan UPSR, Kelas jQaf, Kelas Agama, Kelas Cina, Kelas Tamil. Selain kelas-kelas ini, cikgu ada mesyuarat panitia, mesyuarat ajk kurikulum, mesyuarat ajk kokurikulum, mesyuarat sukan dan mesyuarat di luar sekolah. Tambahan pula, guru perlu memberi latihan untuk pemain sukan sekolah seperti: olahraga, kriket, bola sepak, ping pong, hoki, sepak takraw dan lain-lain lagi. Pada hari Sabtu, guru-guru perlu balik ke sekolah untuk Kursus LDP (selama 7 kali), lagi-lagi ada guru yang menghadiri kursus di luar sekolah tidak dikira dalam LDP. Ada cikgu yang membawa balik kertas ujian untuk disemak di rumah, kertas percubaan UPSR, kertas penilaian 1,2,3. Dan ada lagi yang membawa balik buku latihan murid untuk disemak, buku karangan, buku esei dan banyak lagi buku laporan murid juga perlu disemak. Memang ada segelintir cikgu yang balik tepat pada masa 1:30 petang, tetapi ini tidak menunjukkan bahawa mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan betul. Sekian, terima kasih.

  3. mohdreza
    September 12, 2010

    Saya,malah semua org percaya..bagi setiap pekerjaan, hanya mereka yang melakukannya sahaja yg tahu akan beban yang harus dipikul. Guru bertugas dengan benda yg bernyawa..bukan kertas yg boleh dibuang ke dalam tong sampah seperti mungkin di pejabat LANGUTARA. Guru bertugas dengan 40 benda yg ada hati dan perasaan, perangai dan adab muridnya yang berbeza..bukan dengan komputer d meja LANGUTARA yang bisu dan pekak tak mampu bersuara..yang boleh dipadam jika amarah menguasai jiwa. LANGUTARA mungkin ada 4 @ 6 anak sahaja utk dijaga bukan 30 @ 40 setiap masa. Jangan suruh guru mula kerja seperti di pejabat gomen 8-5 kerana itu akan lebih merendahkan martabat guru kerana kebanyakan yg kerja pejabat ini tidak jujur dan pencuri masa..punch kad suruh kawan pula..lepas punch kad, lepak di kedai kopi dulu..sarapan katanya. Kerja hanya mula jam 10 seperti dilihat kita.Jam 1-2 lunch pula.2.30 baru start keja.pukul 4 dah kemas2 nak blk pula. Berurusan di kaunter kerajaan..nak senyum ikhlas..sorilah brader.sbb itu semua urusan paling awal 3-6 bulan selesainya.Rakyat merungut..buat dont no je. Itu bukan budaya KAMI GURU MALAYSIA. Langutara tak pernah jadi guru kelas kepada 40 anak murid,ketua panitia,guru bertugas mingguan, penasihat kelab sukan dan persatuan, guru mata pelajaran, isi data murid, menghantar murid yg sakit ke klinik, mengutip yuran PIBG, memeriksa kuku dan kebersihan anak murid, mengemaskini fail, menyemak buku latihan murid, memeriksa kertas exam,kaunselor, sahabat, abang,kakak ayah dan ibu kepada seorang murid DALAM 1 MASA. Oleh itu, dgrlah kata guru..”berhati-hati semasa memandu di jalan raya”..

  4. manan767
    November 28, 2010

    Langutara tu guru ke penyeludup disempadan????mohdreza ialah guru dedikasi….rasanya sebab apa guru nak jadu cikgu….sebab kerja separuh hari dan cuti byk.kalau dah kerja 7.30pg sampai 5 ptg..mlm kelas tambahan lagi ,hujung minggu kelas tambahan dan cuti kena pergi sekolah…lebih baik keje pejabat saja…ada cuti tahun 30 hari…core business guru ialah p&p dalam kelas…yang lain2 tu sunat jer hanya memenuhi stake-holders saja…kalau dah byk sunat dr yang wajib maka jadilah apa yang ada sekarang…apa hasilnya berlumba2 utk tinggi pencapaian peperiksaan..exam-oriented…tunggu soalan dan jawapan bocor…the end justify the means…sbb tulah perlunya ada LINUS,pemulihan khas….rasanya dulu2 lg bagus dr sekarang….

  5. rozman
    January 31, 2011

    sekarang org mahu jadi guru pasal susah mau dapat kerja…dulu kerja guru org mana pandang…pakai SRP ja pun bole dapat jadi guru…kerja kilang pun pakai diploma….kalau kerjaya guru murah ja gaji sorry la mo jadi guru…sekarang kerajaan upgrade pangkat guru p DG41 dgn gaji mula x lari 3k sebulan…tu pun masih lg byk merungut….apa la…bersyukur la wahai guru2 sekelian dapat jadi guru…kalau mao senang ja kerja x pyh jadi guru…ramai lagi orang berebut mo jadi guru…kakitangan kerajaan yang lain pun x merungut walaupun kena hantar bertugas jauh dari orang tersayang dengan gaji yang x seberapa…jadilah pendidik yang ikhlas…

  6. azmfrd
    February 2, 2011

    Saya pun setuju bahawa tugas guru sekarang agak banyak, tapi sebenarnya dalam hal ni ada dua jenis penerimaan guru terhadap tugas-tugas yang dikatakan berat itu. Yang pertama ialah golongan guru yang tidak banyak komplen dan hanya menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugassan yang diterimanya kerana apa yang difikirkannnya ialah adakah gaji yang diterima nya setiap bulan itu setimpal dengan tugasan yand dilaksanakannya.Dia sanggup korbankan masa dan tenaga demi menunaikan hasrat pembayar gaji iaitu pihak kerajaan dan juga menunaikan amanah dari Allah kepadanya melalui tugas guru ini untuk mendidik anakbangsa hingga pandai baca dan tulis. Manakala satu golongan lagi ialah guru yang sentiasa mencari alasan untuk tidak bekerja lebih masa dan lebih tenaga. Guru-guru sebegini selalunya akan berkira dengan gaji yang diterimanya tetapi tidak pula mahu bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan gaji yang diterimanya itu berbaloi dengan kerja yang dibuatnya.Guru ini jika dikurangkan beban kerja dan diperuntukkan pembantu murid sekalipun tetap tidak akan berubah kualiti kerjanya malah tetap pada tahap tidak memuaskan.Saya juga bertugas sebagai guru dan telah merasai apa yang dikatakan beban seorang ‘guru’. Namun bagi saya kita sebagai guru hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam menerima sebarang tugasan, dadn yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa berminat dengan kerja kita sebagai guru bukan untuk mendapat gaji semata-mata…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 21, 2010 by in Bebanan Guru, Cikgu and tagged , , .
%d bloggers like this: