Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Memartabatkan BM Dan BI

Opsyen Pertama Dan Opsyen Kedua Perlu Dikaji Semula Untuk Memperkasa Dan Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Baru-baru ini sebilangan guru menjadi mangsa pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kerana ditukarkan atas alasan Redoployment. Setelah pihak kesatuan menyiasat didapati guru ini ditukarkan atas alasan lebihan guru atau tidak dapat kerjasama dengan pentadbir sekolah atau keperluan opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah lain.

Tetapi kes sebenarnya ialah, seorang guru yang mempunyai opsyen Bahasa Melayu telah diminta mengajar Bahasa Inggeris sejak beberapa tahun yang lepas. Guru berkenaan telah menghadiri kursus conversion Bahasa Inggeris. Namun demikian, beliau ditukarkan ke sekolah lain atas dasar opsyen asal dan diarahkan mengajar Bahasa Melayu. Tindakan ini merugikan kedua-dua pihak.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyarankan sejajar dengan NKRA, guru yang mempunyai opsyen kedua dan kepakaran harus diberi pengiktirafan supaya dapat terus menyumbangkan ilmu dan kemahiran melalui bidang yang telah dikuasainya.

Dalam NKRA kita harus utamakan kebolehan, kecemerlangan dan kompetensi seseorang guru bukan rigid dengan peraturan yang sedia ada. Dalam pada itu, data EMIS perlu juga berubah agar guru yang sedang mengajar opsyen kedua haru dikategorikan di bawah opsyen terkini bukan opsyen asal. Perubahan dan fleksibiliti ini penting untuk kita mencapai objektif “Memartabatkan Bahasa Melayu, Memantapkan Bahasa Inggeris”.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Perlu Mengkaji Semula Kemusykilan Berikut:

1. Opsyen berdasarkan Sijil Perguruan
2. Opsyen Conversion
3. Sijil Bidang Major semasa mengikuti program Pembelajaran Jarak Jauh / OUM.

(Artikel daripada KPPK 2010)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 24, 2010 by in Berita Guru and tagged .
%d bloggers like this: