Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Bantuan Khas Kewangan Kakitangan Kerajaan

Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan telah memutuskan pemberian wang sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan Malaysia pada 1hb September 2010 (Hari Rabu). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan yang telah bersara boleh memperolehi wang tersebut melalui bank akaun masing-masing.

Bagi kakitangan kerajaan yang berhak menerima bantuan khas kewangan tersebut ialah mereka yang telah disahkan jawatan, kakitangan sementara, kakitangan berkontrak, guru sandaran dan kakitangan yang sedang menikmati cuti dengan separuh gaji. Bagi pemandu berjawatan Kumpulan B ke atas dan jawatan Kumpulan Kelas A  juga boleh menikmati bantuan khas kewangan tersebut.

Bagi kakitangan yang tidak layak menikmati bantuan kahs kewangan tersebut ialah mereka yang telah diberhentikan jawatan, dipecat atau yang telah menerima surat pelanggaran undang-undang atau disiplin.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman web JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dengan carian kata kunci “Bantuan Khas Kewangan 2010“.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Sukacita Memaklumkan Bahawa Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Pesara Akan Dilakukan Pada Hari Isnin, 6 September 2010 Bagi Mereka Yang Dibayar Melalui Bank. Bagi Penerima Melalui Waran Pula, Ia Akan Diposkan Sebelum Tarikh Tersebut.

Bagi Penjelasan Lanjut Sila Layari Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan Di Url Berikut: http://www.jpapencen.gov.my.

Admin CikguBlog ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberikan bantuan khas kewangan kepada semua kakitangan kerajaan Malaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 28, 2010 by in Berita Guru and tagged .
%d bloggers like this: