Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Guru Disiplin Diberi Kuasa Polis

Patutkah Guru Disiplin Diberi Kuasa Polis Tambahan?

adv_username = “jamesquak”;
adv_gid = “jamesquak_default”;
adtype = “468×60”;

Saranan agar guru disiplin diberi kuasa polis tambahan tidak akan mampu membendung masalah disiplin pelajar di sekolah sebaliknya memberi bebanan baru kepada guru terlibat.

Tanggungjawab yang dipikul oleh guru-guru pada hari ini amat berat dan tidak wajar sekiranya mereka terpaksa menggalas tanggungjawab baru pula iaitu polis tambahan bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.

Kita tidak mahu nanti tugas guru yang lebih penting iaitu mengajar terpaksa dikesampingkan akibat memikul tanggungjawab lain. Ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pula.

Sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak mampu dilaksanakan dengan baik jika saranan itu diwujudkan kerana pelajar akan kurang menghormati tetapi berasa takut terhadap guru-guru mereka.

Tidak sepatutnya tanggungjawab membendung masalah disiplin pelajar diletakkan di bahu guru sahaja. Seharusnya semua pihak iaitu pengetua, guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat bekerja sebagai satu pasukan bagi menangani masalah tersebut.    (Isu semasa NUTP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 3, 2010 by in Bebanan Guru and tagged , , , .
%d bloggers like this: