Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Perkara Penting Sebelum Mansuh UPSR Dan PMR

Pastikan Murid Menguasai 3M Sebelum Mansuh UPSR Dan PMR

Kementerian  Pelajaran  perlu  memastikan  murid  sekolah  rendah  benar-benar  menguasai  kemahiran  membaca,  menulis  dan  mengira  (3M)  terlebih  dahulu  sebelum  Ujian  Pencapaian  Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Perkara  itu  harus  diteliti  dan  kajian  yang  menyeluruh  perlu  dilakukan  supaya  matlamat pemansuhan tersebut dapat dicapai. Perlu  ada  mekanisme  yang  benar-benar  berkesan  untuk  menilai  tahap  penguasaan  3M  di  peringkat sekolah rendah supaya murid tidak menghadapi masalah apabila memasuki sekolah menengah.

Soalan berbentuk objektif tidak lagi sesuai kerana tidak membantu pelajar untuk berfikiran kreatif. Soalan PMR juga harus diubah ke dalam bentuk subjektif agar pemikiran yang kreatif  dapat dikembangkan oleh pelajar sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

UPSR perlu diadakan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam tempoh pembelajaran sekolah rendah selama enam tahun. Peperiksaan  tersebut  amat  penting  supaya  proses  kemasukan  ke  sekolah  menengah atau sekolah menengah berasrama penuh dapat dibuat dengan berkesan dan teratur.

Model  peperiksaan  sekarang  berbentuk  menekan  pelajar  kerana  mereka  dibahagi  pada  kategori  pandai  dan tidak pandai dan seterusnya membunuh potensi pelajar. Maka satu sistem peperiksaan dalaman perlu diadakan agar pelajar dapat dinilai oleh guru dan sekolah masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2010 by in Cikgu and tagged , .
%d bloggers like this: