Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Bajet 2011 Terhadap Guru

Merealisasikan Matlamat Kerajaan  Menjelang 2020

Bajet 2011 dilihat lebih menjurus kepada pembangunan minda dan insaniah berbanding pembangunan berbentuk material semata-mata. Bajet ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan negara ini sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ini memang sejajar dengan apa yang diperlukan jika negara mahu mencapai taraf negara maju kerana kemajuan berbentuk material dan infrastruktur sahaja tidak mencukupi.

Langkah kerajaan untuk menambah peratusan tenaga akademik berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi bukan sahaja menambah baik peluang kenaikan pangkat kepada pensyarah, ia turut membuka peluang kepada tenaga pengajar meningkatkan pencapaian kerjaya.

Modal insan merupakan satu aset penting negara pada masa akan datang. Peruntukkan wang sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, serta imbuhan kepada Pengetua, Guru Besar dan Guru Cemerlang akan membantu meningkatkan motivasi warga pendidik melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kualiti, ilmu dan daya saing merupakan aspek penting yang perlu dimiliki oleh guru dan golongan belia masa kini agar menjadi rakyat yang benar-benar dapat berbakti memajukan tanah air di masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 20, 2010 by in Berita Guru and tagged , .
%d bloggers like this: