Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Mata Pelajaran Sejarah Menjadi Subjek Teras

Sejarah Menjadi Subjek Teras Di Sekolah Menengah Dan Rendah

Selepas menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai peperiksaan wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini mata pelajaran itu akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai tahun 2014.

Dengan berkonsep pendidikan yang merupakan sesuatu yang menggembirakan dan menggunakan pendekatan melawat tempat bersejarah, mata pelajaran itu akan dimulakan pada Tahap Satu. Terdapat beberapa penambahan baru akan dibuat pada mata pelajaran tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan.

Maka untuk menjayakan konsep ini, kursus yang efektif perlu diadakan untuk melatih semula guru mata pelajaran Sejarah sebelum mata pelajaran tersebut mula boleh diajar kepada murid sekolah rendah mulai 2014.

Apa yang dimaklumkan, yang pastinya pengajaran Sejarah di sekolah rendah akan lebih mudah berbanding dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah termasuk mudah difahami serta dihayati pelajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 27, 2010 by in Cikgu and tagged , .
%d bloggers like this: