Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Keputusan PMR Tahun 2010

Keputusan PMR Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010 mencatatkan keputusan yang terbaik dalam tempoh empat tahun apabila 30,863 daripada 439,456 calon mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Bilangan calon yang mendapat semua E (gagal) pula menurun daripada 397 pada tahun lalu kepada 386 tahun ini dengan peratus penurunan kekal pada 0.09 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata peningkatan pencapaian dalam 16 mata pelajaran yang terbaik itu diukur berdasarkan tiga petunjuk iaitu pencapaian cemerlang (semua A), pencapaian yang baik (minimum D) dan Gred Purata Nasional.

Peningkatan itu berkat usaha pelajar untuk memperoleh keputusan cemerlang, selain usaha berterusan daripada pihak sekolah terutamanya guru untuk memperbaiki prestasi sekolah masing-masing. Kita berharap pada tahun yang akan datang, murid-murid masih dapat mengekalkan prestasi sebegini dan pada masa yang sama menuju ke tahap yang lebih cemerlang. Selain keputusan yang cemerlang, murid-murid juga mesti mempunyai sahsiah yang baik. Guru Malaysia ingin sekali lagi mengucapkan syabas kepada semua murid yang telah lulus dalam peperiksaan PMR. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 2, 2011 by in Cikgu and tagged .
%d bloggers like this: