Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Penilaian Baru Sistem PTK

Cadangan Kaedah Penilaian Baru Penilaian Tahap Kecekapan 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pejawat awam menjelang Jun 2011.

Berdasarkan petikan di atas, pihak Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM memohon kerjasama tuan/puan untuk memberi cadangan kaedah penilaian yang sesuai bagi warga KPM mengikut skim perkhidmatan.Maklumbalas ini sangat penting dan akan memberi impak terhadap para pegawai bagi setiap skim perkhidmatan di KPM. Sila nyatakan skim perkhidmatan dan gred jawatan bagi setiap cadangan tuan/puan dalam maklum balas tersebut.

Sebagai makluman, skim perkhidmatan dan gred jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS), gred : DG54, DG52, DG48, DG44, DG41

2. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), gred : DGA38, DGA34, DGA29, DG17(KUP)

3. Skim Anggota Khidmat Sokongan (AKS), gred 26, gred 17-22, gred 1-16

Cadangan tuan/puan dalam penyediaan kerangka kaedah penilaian bagi KPM adalah amat diperlukan. Atas segala kerjasama tuan/puan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuan/puan boleh pergi ke laman web KPM untuk mengisi borang maklum balas di :
http://apps.moe.gov.my/bppk/ptk/cadangankaedahbaru02.cfm

Berita dari NUTP dan Hakcipta © 2011 KPPK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 8, 2011 by in PTK and tagged , , .
%d bloggers like this: