Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

NKRA: Ganjaran Memotivasikan Pendidik

NKRA Pendidikan Jadikan Guru Lebih Fokus Membentuk Pelajar Cemerlang


Ganjaran kewangan di bawah Sub NKRA Tawaran Baru yang bakal diberikan kepada Guru Besar dan guru sekolah yang terpilih adalah satu pengiktirafan dan penghargaan daripada Kementerian Pelajaran atas usaha dan penat lelah mereka dalam menghasilkan kecemerlangan di sekolah masing-masing.

Ganjaran kewangan ini bukan sahaja merupakan anugerah yang sangat bear nilainya kepada guru tetapi juga telah memberi suntikan motivasi yang tinggi kepada semua guru di Malaysia untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan membuktikan kemampuan mereka melonjakkan nama sekolah.

Tawaran baru ini sekaligus meningkatkan semangat Guru Besar dan guru di sekolah yang terpilih serta memberi motivasi kepada Guru Besar dan guru sekolah-sekolah lain untuk mencontohi kejayaan itu. NKRA Pendidikan menjadikan guru menjadi lebih fokus dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiah mereka.

Pemberian insentif ini berupa ganjaran kewangan kepada Guru Besar, guru dan staf sekolah yang layak bukan saja memberi impak baru kepada sistem pendidikan negara, tetapi pada masa yang sama membuktikan negara amat menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 6, 2011 by in Cikgu and tagged , .
%d bloggers like this: