Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Tentang Dasar KSSR

Tentang KSSR Tahun 1 (2011)

Di sekolah admin, dengan bantuan PIBG dan Kelab Kaunseling & Bimbingan, pihak sekolah telah menganjurkan satu taklimat tentang KSSR Tahun 1 khas kepada ibubapa anak murid Tahun 1 (2011). Disini admin cikgublog ingin memberikan sedikit penerangan tentang KSSR Tahun 1 yang telah dilancarkan pada Tahun 2011.

Apa itu KSSR? KSSR adalah singkatan kepada ‘Kurikulum Standard Sekolah Rendah‘. Dasarnya ialah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Matlamat KSSR adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk dengan semangat cintai negara,
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta dapat melahirkan modal insan seimbang yang boleh menangani cabaran pada masa depan.

Dibawah adalah latar belakang kurikulum sekolah rendah:
1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan berasaskan Prinsip KBSR :
– Pendekatan Bersepadu
– Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
– Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk Semua Murid
– Pendidikan Seumur Hidup

Mengapa KSSR?
Untuk memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan, iaitu:
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Apakah kesimpulannya?
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21; Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 15, 2011 by in KSSR and tagged , , .
%d bloggers like this: