Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Kerjaya Perguruan Di Malaysia

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Khas Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU)

Berita baik bagi sesiapa terutamanya pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kerjaya perguruan di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut Program Perguruan seperti berikut:

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP):
-Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
-Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

Syarat dan kelayakan  asas:
1.1 Warga negara Malaysia.
1.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 jun 1991.
1.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
1.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Malaysia serta lulus Bahasa Inggeris.

Cara memohon:
4.1 Permohonan hanya boleh dibuat  secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe. gov.my mulai 4 april 2011.

4.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank  Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam shaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan perbankan sistem maklumat ringkas (SMS Banking) .Pembelian nombor Pin melalui saluran bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan .

4.4  Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

4.5 Calon boleh menggunakan nombor pin yang sama  untuk pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkaan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 13 April 2011.
Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang dihormati murid. Sekian.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 3, 2011 by in Cikgu, Kerjaya Guru and tagged , , , , .
%d bloggers like this: