Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Baru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. SAPS juga boleh dijadikan “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Guru kelas boleh mengekses sistem ini untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas dibawah jagaannya. Guru kelas juga boleh memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan. Hasilnya guru kelas dapat mengeluarkan analisis setiap peperiksaan yang telah dijalankan.

SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut: http://saps.moe.gov.my

Kalau cikgu ingin mengetahui cara menggunakan Sistem SAPS ini dengan lebih lanjut, cikgu boleh klik pada pautan gambar di bawah untuk muat turun “Manual Panduan Menggunakan SAPS 2011“.

Cikgu juga boleh mencari penyelesaian masalah yang dihadapi semasa menggunakan Sistem SAPS ini di artikel
SAPS – Permasalahan dan Penyelesaian Sistem Analis Peperiksaan Sekolah.

[poll id=”5″]


Panduan SAPS untuk Guru Kelas

Panduan SAPS untuk Guru Subjek

Panduan SAPS untuk SU Peperiksaan

One comment on “Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

  1. Pingback: SAPS: Permasalahan Dan Penyelesaiannya | Blog Cikgu Blogging In Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 26, 2011 by in Cikgu, Program, SAPS and tagged , , , , , .
%d bloggers like this: