Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

PTK Baru Untuk Cikgu

Penilaian Tahap Kecekapan Baru Untuk Penjawat Awam

PTK yang baru ini (Konsep 360 darjah) akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah dimansuhkan tahun lepas. Ia merupakan satu proses penilaian baru yang akan dilaksanakan secara berterusan dengan setiap penjawat awam akan diberi rekod pelaporan tentang perkembangan kerjaya masing-masing.

Dengan adanya rekod perkembangan ini, maka kerajaan lebih senang untuk mengenal pasti tahap kecekapan kakitangan dengan lebih terperinci dan secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas mengenai potensi kerjaya mereka sama ada dalam kategori laluan pantas, cekap atau sederhana.

Konsep 360 darjah juga boleh membantu Kementerian Pelajaran Malaysia mengenal pasti bidang kecekapan seorang guru serta merangka sebarang penambahbaikan yang diperlukan oleh guru yang terbabit seperti menjalani kursus tertentu untuk menaikkan taraf sekolah dan juga memberi kebaikan kepada murid sekolah.

Disamping menjalani penilaian 360 darjah secara berterusan, guru juga perlu dinilai mengikut tahap kecekapan mereka secara tahunan. Dengan melalui laporan ini, bukan sahaja Guru Besar yang menilai guru, tetapi rakan sejawat juga akan memberi pandangan seperti sama ada kita tidak bercampur gaul, mementingkan diri atau memiliki semangat kerja berpasukan.

Walaupun penilaian ini masih dalam proses dan kemunkinan ada sedikit penambahbaikan, tetapi keseluruhannya admin rasa konsep ini sangat bagus dan memang sesuai dengan matlamt kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan tugas guru dalam pengajaran harian mereka. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 9, 2011 by in PTK and tagged , .
%d bloggers like this: