Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

GSTT Guru Sandaran Tidak Terlatih

Pertubuhan Persatuan Guru Sandaran Tidak Terlatih  Malaysia

Apa maksudnya GSTT dan apakah peranan mereka? GSTT ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih dan peranan mereka amat penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru Sandaran bukan sekadar pelengkap kepada sesebuah sekolah atau pengganti kepada guru yang bersara atau berkursus, tetapi sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT sangat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia.

Tetapi apa yang dapat kita lihat ialah guru sandaran tidak terlatih selalu diketepikan dan tidak diambil berat oleh pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan sehinggalah ke KPM. Maka demi memperjuangkan hak mereka sebagai guru sandaran dan jaminan masa depan kerjaya perguruan yang lebih bermakna, tubuhlah Persatuan GSTT Malaysia (PGM).

Persatuan GSTT Malaysia (PGM) adalah sebuah persatuan yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga kepentingan ahlinya yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dari seluruh Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan secara rasmi pada 8 Mei 2011 dan telah mendapat kelulusan rasmi Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri.

Visi dan Misi PGM adalah untuk sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh Malaysia dengan tidak mengira bangsa dan memastikan semua ahli mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Admind CikguBlog berharap isu-isu guru sandaran dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan KPM perlu menyediakan kursus perguruan dan program pendidikan untuk mereka dari semasa ke semasa supaya mereka dapat menjadi guru yang disanjungi dan dihormati masyarakat, ibubapa dan murid.  Sila layarilah blog PGM di persatuangsttmalaysia.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 10, 2011 by in Cikgu and tagged , , , , , .
%d bloggers like this: