Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Selamat Menyambut Hari Guru 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Salam Guru 1 Malaysia,

Pada zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang dinanti-nantikan bukan hanya admin tetapi juga  ahli sekeluarga admin yang beria-ia ingin membeli hadiah kepada cikgu. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi dan hargai.  Saya pasti ada ramai  juga yang mempunyai perasaan yang sama terutamanya mereka yang telah dididik sampai berjaya pada hari ini seperti anda.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa mengenal penat lelah. Harapan saya semoga semua cikgu tidak mengira bangsa dapat  meneruskan perjuangan kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak murid kita di sekolah. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan masa hadapan semua. Saya doakan agar anak-anak kita memenuhkan diri dengan ilmu didada, kaya dengan agama, adat dan budaya.

Marilah kita bersama-sama Guru Malaysia menyambut hari yang mulia ini dengan penuh semangat dan hati yang lebih terbuka. Selamat Hari Guru 2011! Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Cikgu boleh mendapatkan Tema Hari Guru dan Lagu Hari Guru di cikgublog juga. Sekian.

Ikhlas daripada,
Admin CikguBlog
16 Mei 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 15, 2011 by in Cikgu and tagged , .
%d bloggers like this: