Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Hakikat Sebenar Kenaikan Gaji Guru

Hakikat Sebenar Di Sebalik Kenaikan Gaji Guru

Kenaikan Gaji Guru” menjadi topik hangat dimana-mana suratkhabar utama di Malaysia baru-baru ini dalam utusan daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak sempena Hari Guru Malaysia yang ke-40. Kami semua guru berasa sangat gembira dan teruja apabila mendengar berita ini dalam TV.

Tetapi selepas membaca artikel sepenuhnya dalam suratkhabar, barulah kami guru sedar bahawa ia hanya melibatkan guru-guru di Sekolah Menengah terutamanya Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Cemerlang. Manakala bagi Sekolah Rendah, hanya segelintir guru yang terlibat sahaja itu pun hanya Guru Sekolah Kluster.  Maka guru yang mendapat kenaikan gaji dan pangkat hanya kurang daripada 10 peratus dari jumlah guru di Malaysia. Adakah ini berita baik kepada semua guru?

Sebenarnya guru tidak meminta kenaikan gaji yang banyak, 10 peratus pun dah cukuplah memandangkan kos sara hidup semakin meningkat kian hari dan dengar berita harga petrol dan bil elektrik akan naik juga tidak lama lagi. Maka ini adalah masa yang penting sekali untuk mengumumkan satu berita baik yang memang melibatkan semua guru dan kakitangan awam. Tetapi hakikatnya, kami guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara seakan-akan telah dilupakan jasanya.

Akhir sekali, kami Guru Malaysia tidak akan berputus asa dan berjanji akan bertungkus-lumus untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan walaupun gaji guru tidak dinaikan. Kami percaya satu hari Tuhan akan memberkati guru dengan sesuatu yang lebih bernilai. Sekian, terima kasih.

[poll id=”2″]

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 19, 2011 by in Berita Guru, Skim Gaji Guru and tagged , , , .
%d bloggers like this: