Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ipoh Perak 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Ke-53 Tahun 2011 Ipoh, Perak

Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) telah diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengelolakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM kali ke-53 pada 20 hingga 24 Mei 2011. Iaitu  sukan MSSM akan berlangsung dari Jumaat hingga Selasa selama lima hari di Stadium Ipoh Perak.

Pengelolaan pada tahun 2011 ini merupakan kali kelima Jabatan Pelajaran Negeri Perak diamanahkan menjadi tuan rumah. Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-53 ini akan disertai oleh 15 buah negeri termasuk Perak. Negeri-negeri lain yang akan mengambil bahagian adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 1,039 atlet yang terdiri daripada 557 atlet lelaki dan 482 atlet perempuan akan mengambil bahagian dalam acara sukan yang disediakan.

Kira-kira 500 orang murid-murid dari pelbagai sekolah sekitar Ipoh telah diminta untuk memenuhi padang stadium
pada waktu petang untuk menyertai sesi latihan raptai persembahan tersebut. Latihan ini diselaraskan oleh jurulatih berpengalaman dan dibantu oleh guru-guru bertugas. Walaupun cuaca yang  agak panas pada waktu petang, tetapi ia tidak mematah semangat murid-murid dan guru-guru untuk meneruskan latihan bagi menjayakan persembahan terbaik terutamanya untuk segmen gerakan dinamik   1 Murid 1 Sukan.

Harap-harap semua ibu bapa dan guru-guru dapat menghadir ke Stadium Ipoh untuk memberi sokongan kepada anak-anak murid kita. Dan harapan yang tinggi kepada JPN Perak supaya dapat menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2011 dengan cemerlang dan gemilang sekali. Perak sentiasa di puncak kecemerlangan. Sekian.

[poll id=”3″]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 20, 2011 by in Dasar 1Murid 1Sukan, JPN and tagged , , .
%d bloggers like this: