Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

PROSPEK Untuk PTK Baru

PROSPEK – Pengganti Kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Baru 2011

PROSPEK atau Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi akan bermula pada 1 Julai 2011 menggantikan ujian PTK yang lama untuk menjadi sistem penilaian yang baru kepada 1.2 juta kakitangan awam kerajaan. Sistem ini tidak lagi mengambil keputusan ujian sebagai satu penilaian tetapi melalui pentadbir pengurusan untuk menilai kakitangan awam tersebut dan penilai ini akan ditukar mengikut masa untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku.

PROSPEK merangkumi 8 prinsip, iaitu falsafah, objektif, fleksibiliti kerja, ganjaran, kualiti kerja, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan akhir sekali ialah pencapaian prestasi oleh seseorang kakitangan awam. Dengan melalui kaedah penilaian ini, kakitangan awam akan dikategorikan kepada 3 gred, iaitu “Cemerlang dan Berpotensi Tinggi”, “Akauntabiliti dan Berpotensi” dan “Kemampuan Boleh Ditingkatkan Lagi”.  Asas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang baru ini merankumi pengetahun, kemahiran, kreativiti dan inovasi.

Admin CikguBlog berharap dengan adanya sistem penilaian yang baru ini, kakitangan awam terutamanya cikgu dapat dinilai dengan betul mengikuti prestasi mereka mengikut tahun dan dari semasa ke semasa sistem ini juga perlu ditambahbaikan supaya Ujian PTK Baru ini setaraf dengan Standard Kualiti Negara. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 25, 2011 by in PTK and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: