Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

SAPS: Permasalahan Dan Penyelesaiannya

Permasalahan & Penyelesaian Untuk (SAPS) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Di sini terdapat beberapa soalan yang timbul apabila menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Guru-guru boleh mencari penyelesaiannya di sini dan kalau cikgu ada persoalan atau permasalahan yang tidak boleh diselesaikan, sila tuliskan soalan cikgu di petak comment di bawah post ini. Bolehlah kita berbincang bersama-sama dan menyelesaikan masalah cikgu dengan bantuan semua guru di CikguBlog dotcom.


SAPS – Permasalahan dan Penyelesaian

1. Pelajar yang ingin didaftarkan tidak boleh didaftarkan kerana nama pelajar telah terdapat dalam pengkalan data sekolah.
Punca: Nama pelajar tersebut masih wujud di sekolah lama dan perlu dipindahkan dan bukan padam namanya. Penyelesaian: Budaya padam memadam hendaklah dihentikan. Tapi wujudkan budaya PINDAH MEMINDAH data murid. data murid yang boleh dipadam ialah murid yang meninggal dunia, meninggalkan sekolah KPM, dibuang terus dari sekolah. Jika budaya padam memadam berlaku, maka TERPADAMLAH JUGA MARKAH murid itu. Sekolah baru MARAH sebab mereka kena hubungi sekolah lama untuk dapatkan markah dan key-in semula.

2. Guru kelas dan guru mata pelajaran terlupa kata laluan dan login ID.
Penyelesaian: Boleh merujuk kepada SU peperiksaan sekolah untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.

3. SU peperiksaan terlupa kata laluan dan login ID.
Penyelesaian: Boleh merujuk kepada PPD masing-masing untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.

4. Tidak boleh mengemaskini data murid untuk Tahun 2011.
Punca: Data SMM 2010 tidak dapat link ke SAPS.
Pnyelesaian: Tanggungjawab Admin pada tahun ini ialah:
i. Daftar kelas tahun 2011
ii. Daftar guru kelas 2011
iii. Tugas guru kelas ialah mendaftar nama murid untuk kelas masing-masing.
iv. Tugas guru subjek ialah mendaftar mata pelajaran dan kelas yang diajar.

5. Tidak boleh memuat naik logo sekolah.
Punca: Logo tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Penyelesaian: Sila baca dalam Dokumen Soalan Lazim dan Pengumuman sekali lagi berkaitan kriteria lencana sekolah. Ramai SUP terlepas pandang. Kesannya lencana tidak boleh dimuatnaik.

6. Guru baru datang tidak boleh didaftarkan.
Punca: SU di sekolah lama tidak memadam (reset) data guru tersebut.
Penyelesaian: Sama penyelesaiannya seperti masalah murid. SUP hendaklah MEMINDAHKAN Data Guru pindah keluar ke sekolah baru. Ada kemudahan pindah data guru disediakan. Jangan DIPADAMKAN!

7. Nama guru tiada dalam pengkalan data dan tidak boleh didaftarkan.
Punca: Data guru tersebut belum didaftarkan di mana-mana sekolah dan belum wujud dalam pengkalan data.
Penyelesaian: SU Peperiksaan boleh daftarkan nama guru berkenaan dari menu ‘Daftar Guru’.

8. Seorang murid telah berpindah ke sekolah lain tetapi namanya dan markah ujiannya masih terdapat dalam penkalan data sekolah.
Punca: Guru kelas/SUP belum pindah nama murid itu.
Penyelesaian: SUP sekolah baru kena terima masuk data murid pindah masuk. Jangan biarkan data tergantung. Jika masih belum diterima masuk, murid itu masih dikira sebagai murid di sekolah lama.
9. Apabila nama seorang guru telah dikeluarkan dari data sekolah ke sekolah lain, data ujian subjeknya turut terhapus.
Punca: Nama guru dan murid subjeknya tidak boleh dihapuskan terlebih dahulu selagi belum ada guru baru untuk digantikan.
Penyelesaian: Markah guru pindah TIDAK TERHAPUS. Bila guru pindah keluar, Sistem tak dapat kesan siapa Guru Subjek. Oleh itu, Guru yang ganti guru pindah keluar hendaklah daftar diri sebagai guru yang menganti guru keluar. Perlu ada kesinambungan.

10. “The requested URL was not found on this server.”
Punca: Server busy atau kesesakan trafik di server SAPS.
Penyelesaian: Cuba login selepas 1 minit beberapa kali sehingga dapat masuk server data SAPS. Kalau masih tak boleh, cuba bersihkan ‘cookie’ di Internet Option Security.

11. Macam mana dengan subjek yang tiada markah seperti Muzik dan PJK.
Penyelesaian: Masukan markah seperti berikut:
A (80-100), B (60-79), C (40-59), D (20-39), E (1-19)
Guru boleh meletakkan markah dalam linkungan gred tersebut.

12. Macam dengan murid yang tidak hadir untuk peperiksaan.
Penyelesaian: Letakkan TH (tidak hadir) untuk murid berkenaan.

13. Guru hanya taip separuh sahaja dan boleh keluar sistem tak?
Peneyelesaian: Setiap kali selepas daftar murid atau masuk markah murid, pastikan cikgu simpan data. Kalau tak siap pada hari itu, cikgu boleh sambung balik pada hari lain.

Sebelum ini, terdapat beberapa kesilapan dalam penyelesaian yang admin sediakan dalam artikel ini. Tetapi selepas pembetulan daripada Encik Abd Rashid Bin Hj Shafie, salah seorang pegawai yang terlibat dalam pembangunan Sistem SAPS ini telah memberi penjelasan dalam penyelesaian masalah SAPS yang lebih tepat kepada admin dan saya pun sudah update artikel ini.  Maka saya berharap kalau ada cikgu yang masih ada persoalan tentang sistem ini boleh terus berhubung dengan beliau di emelnya: sapsnkra@gmail.com

Cikgu yang masih belum mendapatkan panduan penggunaan SAPS ini boleh muat turun panduan “Manual Menggunakan Sistem SAPS” di blog cikgublog.com/sistem-analisis-peperiksaan-sekolah/.  Sekian, terima kasih.

[poll id=”5″]

5 comments on “SAPS: Permasalahan Dan Penyelesaiannya

  1. Pingback: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Blog Cikgu Blogging In Malaysia

  2. Hazwani
    July 24, 2011

    Salam.

    Kenapa setiap kali saya upload data murid SMM akan keluar error ini : “Anda tidak dibenarkan import data sekolah lain. Sila pastikan kodsekolah HURUF BESAR atau TIADA JARAK. Cth: aba0001, ABA 0001”

    Saya sudah check kodsekolah = ok, ic = ok cuma ada beberapa murid sahaja yang guna no sijil lahir. Dimanakah masalahnnya??? Untuk makluman, murid sekolah saya 3000 lebih.

    Terima kasih.

    • Admin
      July 27, 2011

      Salam Hazwani,

      Saya tak pasti lagi adakah data SMM boleh terus import masuk ke Sistem SAPS ini.
      Sebab dalam taklimat yang saya hadiri, pegawai memberitahu bahawa data SMM
      tidak boleh di import masuk terus ke sistem ini, mungkin sistem ini belum lagi siap
      dibina sepenuhnya atau memang ia tidak dibenarkan berbuat demikian.
      Tetapi saya akan memantau sistem ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan
      maklumat yang terkini untuk Sistem SAPS ini. Sekian, terima kasih.

  3. Pingback: SAPS: Permasalahan dan Penyelesaian | Pendidik

  4. nor azlin
    November 20, 2014

    assalam kenapa saya x boleh cek keputusan peperiksaan adik saya,bila masukkan no kp dia tulis no kp xda dalam pengkalan data,tp kwn2 adik sy yg sebaya ok je.. sapa2 boleh bantu saya? tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 28, 2011 by in SAPS, Sistem Analisis Peperiksaan and tagged , , , .
%d bloggers like this: