Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

NRC National Robotic Competition 2011

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Yang Ke-Tujuh Tahun 2011

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) – National Robotic Competition sudah dijadikan satu program kokurikulum yang sangat penting oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Pertandingan ini telah masuk tahun ke-7 dan program ini telah mendapat kerjasama dengan Pusat Sains Negara (MOSTI) dan penganjur utamanya, Sasbadi Sdn. Bhd. Maklumat lanjut tentang Robotik boleh didapati di nrc.sasbadi.com


Abad ke-21 adalah titik mulanya era baru yang membawa pelbagai cabaran baru. Para pelajar bukan saja perlu memperkembang dan memperkukuh kemahiran berkomunikasi tetapi juga harus mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Sehubungan dengan itu, NRC diperkenalkan dengan misi untuk menyediakan satu platform pembelajaran yang kukuh kepada para pelajar. Wawasan yang ingin dicapai malalui NRC ini adalah selaras dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, yakni pembanguan modal insan yang berkualiti.

Matlamat utama NRC adalah untuk membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, Sains, Teknologi, Reka Cipta dan ICT. Di samping merangsang kreativiti pelajar dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan inovasi, NRC turut memupuk budaya kerja sepasukan dan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar. Berasaskan aspek ini, KPM benar-benar menggalakkan sekolah-sekolah untuk turut serta dalam NRC.


Di persada antarabangsa, pencapaian yang memberangsangkan telah diraih oleh kontinjen Malaysia dalam WRO sejak tahun 2005. Kejayaan menjadi juara WRO dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010 sangat-sangat membanggakan kita. Kontinjen Malaysia telah mengatasi pasukan dari lebih 20 negara di seluruh dunia. Kejayaan ini telah membawa Malaysia terpilih untuk menjadi tuan rumah dalam WRO pada 2012 nanti.

Pada tahun 2011, WRO akan diadakan di Abu Dhabi, UAE dan pada tahun 2012, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah. Di samping berharap agar kontinjen kita melakarkan kejayaan gemilang dalam kedua-dua WRO ini nanti, kita berharap guru sekolah juga dapat membantu melaksanakan tugas sebagai tuan rumah WRO 2012 dengan jayanya.

Pendahuluan daripada Ketua Pengarah Pelajaran KPM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 29, 2011 by in Pertandingan, Robotik Kebangsaan and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: