Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011  telah dibuka bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun (pada tahun ini) di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP).

Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Ambilan Khas Tahun 2011 Di Bawah RMKe-10.

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima kelulusan pelanjutan had umur dari 46 tahun ke 47 tahun bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda di samping memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan dengan itu, KPM menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara. Tempoh pengajian bagi program tersebut ialah selama emapat tahun.

Program Pensiswazahan Guru ditawarkan kepada PPPBS yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM serta memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
3. Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama.
4. Berumur 46 tahun (lahir tahun 1965) dan berumur 47 tahun (lahir tahun 1964) pada tahun 2011.
5. Telah memilih opsyen persaraan wajib 58 tahun.
6. Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan  dengan tajaan KPM.
7. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
8. Sihat fizikal dan mental.
9. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.
10. Bebas dari tindakan tatatertib.

Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dan laman portal BPG di alamat http://apps1.moe.gov.my/bpg mulai 13 Jun 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 15, 2011 by in Berita Guru, Kerjaya Guru and tagged , .
%d bloggers like this: