Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Angry Birds Versus Angry Teacher

Bagaimanakah Angry Birds boleh lawan Cikgu Marah

Hi dan salam sejahtera. Kali ini admin cikgublog menulis tajuk tentang satu permainan yang sangat panas dimainkan oleh semua cikgu dan murid (yang mempunyai iPhone dan Android phone)  yang bernama Angry Birds. Apa itu ‘Angry Birds‘? Angry Birds adalah satu app permainan yang direkacipta oleh Peter Vesterbacka (Rovio CEO) dari Finland khas untuk telefon bimbit iPhone dan sehingga sekarang terdapat versi baru untuk Android Phone, PC dan Palm/Tablet PC.

Permainan ‘Angry Birds‘ terdapat beberapa versi, iaitu versi asal: ‘Angry Birds‘, versi musim: ‘Angry Birds Seasons’ dan versi terkini: ‘Angry Birds Rio‘ sempena movie baru The RIO. Cikgu rasa Angry Birds Rio adalah versi yang paling sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat disebabkan grafik yang cantik dan level yang sederhana. Dengan melalui permainan ini, kita bukan sahaja menembak musuh (burung jahat) dengan sesuka hati sahaja tetapi perlu adanya kesabaran, kejituan, pengiraan dan penggunaan kuasa. Ini secara tidak langsung akan melatih anak murid kita berfikir sebelum bertindak.

Tetapi kena ingat, permainan ini hanya untuk merehatkan minda kita buat sementara waktu atau memberi keseronokan apabila kita sedang ‘Tension’ sahaja. Permainan yang sihat adalah membuat senaman selalu bersama kawan atau ahli keluarga terutamanya anak kita di padang atau di taman rekreasi. Cikgu rasa, permainan yang sederhana akan dapat membantu murid kita lebih fokus dalam pengajaran mereka di sekolah kerana mereka boleh bermain sambil belajar. Sekian, terima kasih.

P/S: Cikgu tulis tajuk Burung Marah lawan Guru Marah bukan yang betul-betul lawan tetapi kalau murid asyik main game sahaja tanpa siapkan kerja rumah cikgu, maka saya akan jadi guru yang marah lah. Grrrrrrrr! So jaga-jaga ya jangan buat cikgu marah tau ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 19, 2011 by in Cikgu and tagged , .
%d bloggers like this: