Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Pertandingan Robotik 2011

Pertandingan Robotik Anjuran Sasbadi Dengan Kementerian Pelajaran

Pertandingan Robotik (National Robotic Competition) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sasbadi (dengan kerjasama LEGO) telah bermula di setiap daerah dan negeri. Admin Cikgublog telah diamanahkan tugasan ini untuk melatih murid supaya dapat membuat satu robot yang menggunakan kit robotik yang dibeli daripada Sasbadi Sdn Bhd.

Pertandingan ini telah bermula sejak Tahun 2007 dan tahun ini merupakan tahun yang kelima sekolah-sekolah dibawah KPM terlibat dalam pertandingan robotik yang merupakan satu projek antarabangsan daripada syarikat LEGO di Malaysia. Apa itu LEGO? Mungkin ada cikgu yang tidak pernah main permaianan ini dan mungkin pernah dengar tetapi tak pernah main. Ok, biarlah admin cikgublog jelas sedikit tentang LEGO dan apakah Projek Robotik. LEGO adalah singkatan untuk “Leg Godt” yang bermaksud ‘main dengan betul’ atau ‘mari bermain’. Dalam bahasa Inggeris boleh dijelaskan sebagai “a child’s plastic construction set for making mechanical models“, iaitu serpihan plastik yang boleh digunakan untuk membuat sebarang jenis model mengikut suka hati kanak-kanak.

Hari ini, saya membawa 3 orang murid ke Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar di Perak untuk pertandingan robotik dibawah ketegori sekolah rendah. Pertandingan ini terdapat 3 kategori, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah menengah tinggi open. Setiap kumpulan terdapat tiga ahli sahaja bersama dengan seorang guru pengiring atau pengurus pasukan. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu robot kereta dengan kit robotik dalam masa satu setengah jam. Robot kereta yang sipa dibina kemudian akan diuji dalam satu trek yang telah disediakan oleh penganjur. Masa akan dikira untuk robot kereta menghabiskan perjalanan dalam petak yang disediakan dan pada masa yang sama mengangkat 3 biji bola pingpong. Hanya robot yang dapat menyelesaikan tugasan tertentu dalam masa yang paling cepat dikira pemenag. 2 kumpulan yang menang dengan mata yang tertinggi akan mewakili negeri mereka ke pusingan kebangsaan di KL.

Kementerian Pelajaran akan terus menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti “Pertandingan Robotik” ini. Ini adalah kerana NRC (National Robotic Competition) bukan sahaja mendedahkan bidang robotik kepada pelajar, tetapi juga menyediakan pembelajaran yang menjanakan inspirasi untuk meneroka bidang kejuruteraan dan teknologi melalui gabungan konteks pembelajran dengan cabaran-cabaran secara hands on agar pelajar mampu mencari penyelesaian sendiri.  Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 28, 2011 by in Pertandingan, Robotik Kebangsaan and tagged , , .
%d bloggers like this: