Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011

Dimaklumkan bahawa, Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Peringkat Sekolah akan berlangsung pada 2 Julai (Hari Sabtu) masa 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari di sekolah masing-masing.

Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah “Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia” di seluruh Negara yang melibatkan semua murid (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) Tahap 2 (Tahun 4,5,6) serta turut menggalakkan penglibatan murid Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan ibu bapa. Larian tersebut diharapkan dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori “The Largest Participation of School Student in a Run“.

Selaras dengan konsep larian, pihak sekolah dikehendaki melaksana Larian Serentak 1Murid 1Sukan tersebut pada hari berkenaan dan merujuk kepada Portal Pejabat Pelajaran Daerah pada 23 Jun 2011, hari tersebut (2 Julai 2011 Sabtu) adalah dikira sebagai hari persekolahan. Kehadiran murid akan dicatatkan dalam Buku Rekod Kedatangan Harian.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ini merayu dan mengalu-alukan penyertaan ibu bapa / penjaga untuk turut hadir bersama murid dengan berpakaian sukan bagi menyertai larian tersebut. Semua murid dikehendaki berpakaian baju t-shirt dengan seluar trek sekolah dan berkumpul di perkarangan sekolah ini sebelum jam 7:00 pagi.

Kerjasama, komitmen dan sokongan daripada cikgu dalam menjayakan program di atas, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 2, 2011 by in 1 Murid 1 Sukan and tagged .
%d bloggers like this: