Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Isu Semasa Guru Sandaran GSTT

Isu Semasa GSTT: Perkembangan Proses Penyerapan Guru Sandaran Ke Jawatan Tetap

Isu-isu berkenaan Guru Sandaran Tidak Terlatih selalu dapat kita lihat dan baca di kaca TV dan suratkhabar. Selagi KPM tidak dapat memberi satu jalan penyelesaian kepada mereka, iaitu menyerapkan Guru GSTT ke jawatan tetap, perjuangan mereka tidak akan berhenti begitu sahaja. Sekarang semangat mereka untuk menjadi guru terlatih yang berjawatan tetap semakin tinggi dan ini memang boleh dilihat daripada mereka yang sudah beberapa tahun mengajar di sekolah tidak pernah berputus asa untuk memohon menjadi guru terlatih yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di sini admin cikgublog ingin menyenaraikan 5 perkara penting tentang sebab guru sandaran tidak terlatih perlu diambil perhatian dan diberi keutamaan dalam permohonan ke kursus perguruan dan seterusnya ke jawatan tetap:

1. Guru Sandaran Tidak Terlatih mempunyai pengalaman yang lebih mendalam dalam bidang pengajaran berbanding dengan pelajar yang baru tamat pengajian di IPT atau Universiti tempatan.

2. Perkhidmatan yang lama di sekolah juga membolehkan GSTT memahami gelagat dan situasi murid dan menjadikan pengurusan bilik darjah lebih teratur dan kondusif untuk P&P.

3. GSTT yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam sebagai guru dan pendidik serta telah melalui tempoh praktikal bertahun-tahun di sekolah. Kalau tiada minat mengajar, seseorang GSTT sudah lama bertukar kerja.

4. GSTT juga tidak pernah memilih untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara. Mereka berpegang kepada ucapan Menteri Pelajaran Malaysia bahawa GSTT sanggup menerima untuk dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal.

5. Penyerapan GSTT ke jawatan tetap dapat membantu mengurangkan defisit jika diuruskan dengan betul dan telus. Program KPLI/DPLI patut dikurangkan buat sementara waktu sehingga isu GSTT selesai.  Tindakan ini boleh menjimatkan kos untuk membayar elaun pelajar KPLI/DPLI.

Isu-isu berkenaan GSTT dapat diselesaikan dengan cepat kalau pihak berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan kita biarkan isu GSTT berpanjangan kerana ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamnya bagi sekolah di kawasan pedalaman yang selalu kekurangan guru. Akhir kata, biarlah orang yang berpengalaman buat kerja yang disukai. Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut tentang isu GSTT boleh didapati di PersatuanGSTTmalaysia.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 5, 2011 by in Guru Sandaran and tagged , , .
%d bloggers like this: