Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

e Displin Sistem Kawalan Displin Murid

Sistem Pengurusan Disiplin Murid Sekolah Secara Online

e-Displin atau Sistem Kawalan Disiplin Murid adalah satu sistem pengurusan disiplin murid yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengawal tingkah laku murid-murid sekolah secara online. Sistem e-Displin ini telah membantu KPM menurunkan masalah disiplin murid sekolah sebanyak 22 peratus sejak sistem ini mula dilaksanakan pada Tahun 2009.

Sistem e-Disiplin ini akan diperluaskan ke semua sekolah rendah di Malaysia memandangkan sistem ini telah berjaya mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Sistem ini merupakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang berasaskan web, iaitu aplikasi dalam talian. Maka sesebuah sekolah itu tidak perlu lagi memuat turun dan install perisian dalam komputer di sekolah kerana ia berfungsi terus dalam talian. Oleh itu, laporan mengenai masalah disiplin di setiap sekolah yang terlibat akan dapat dipapar dan dibaca terus dalam talian dan tidak perlu hantar melalui disket atau kertas. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban kerja guru disiplin di sekolah itu.

KPM yakin bahawa dengan adanya sistem e-Disiplin ini, pengurusan secara profesional dapat membantu guru-guru menilai, mamantau dan mengurus disiplin murid dengan lebih efektif. Untuk menjayakan Sistem e-Disiplin ini, adalah penting bahawa pihak sekolah terutamanya guru disiplin perlu melaporkan kes-kes disiplin dengan cepat dan jujur supaya pihak jabatan (JPN) dan kementerian (KPM) dapat melakukan intervensi bagi meningkatkan disiplin pelajar di sekolah yang terlibat.

Laman web e-Disiplin adalah seperti berikut: www.e-displin.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 21, 2011 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: