Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Waktu Sekolah Dalam Bulan Ramadhan

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadhan Tahun 2011

Umat Islam di Malaysia akan mula mengerjakan ibadat puasa dalam Bulan Ramadhan dan sebagaimana yang sedia maklum, waktu berbuka puasa adalah berubab-ubah dari semasa ke semasa mengikut waktu Maghrib dan juga berbeza dari satu kawasan ke satu kawasan di Malaysia. Bagi tahun ini, waktu Maghrib berubah di antara 7.12 malam hingga 7.30 malam di Semenanjung. Manakala waktu Maghrib di Sabah, Sarawak dan Labuan waktunya berubah di antara 6.14 petang hingga 6.40 petang.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah pada sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang sepanjang bulan Ramadan ini. Ibu bapa boleh rujuk kepada pentadbir sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan jadual waktu balik sekolah dengan lebih tepat. Akhir sekali, admin cikgublog mengucapkan ‘Selamat Berpuasa‘ kepada semua guru dan murid yang beragama Islam. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 30, 2011 by in Berita, Sekolah and tagged , , .
%d bloggers like this: