Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Pembudayaan ICT Di Sekolah

Pemantauan Penggunaan ICT dengan Berkesan Di Sekolah Bestari

Metodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah.

Tujuan Pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam Rajah 1.

Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah: 1. Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan 2. Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 4, 2011 by in Program ICT, Sekolah and tagged , , , .
%d bloggers like this: