Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan

Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam Tahun 2011

Satu berita baik yang memang telah lama dinanti-nantikan oleh semua cikgu dan juga penjawat awam di Malaysia, iaitu “Bonus Setengah Bulan Tahun 2011” kepada semua kakitangan kerajaan. Bayaran bonus setengah bulan gaji atau dengan bayaran minimum RM500 akan diberi kepada penjawat awam bulan Ogos ini. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan diberi sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bonus ini adalah satu tanda penghargaan kepada sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Kerajaan berharap dengan adanya pemberian bonus ini, secara tidak langsung  dapat membantu meringankan beban kakitangan awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam di Malaysia. Akhir kata, berbelanja dengan cermat dan guna duit bonus ini untuk ahli-ahli keluarga yang disayangi. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 9, 2011 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: