Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Program Pemantauan MBMMBI

Program Pemantauan Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan agar pemantauan pelaksaan Dasar MBMMBI dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara pada tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan program pemantauan pelaksanaan Dasar MBMMBI mulai bulan September 2011. Program pemantauan tersebut akan melibatkan pegawai-pegawai Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. KPM juga telah menyediakan beberapa instrumen pemantauan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Instumen ini hendaklah digunakan oleh pemantau daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah bagi mengumpul maklumat berkaitan pelaksaan Dasar MBMMBI.

Pengenalan Kepada MBMMBI:

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011, mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010. Strategi utama memartabatkan bahasa Malaysia melibatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Manakala strategi utama memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris, penyediaan guru dan bahan yang mencukupi lagi berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil. 4/2010 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 28 September 2010 telah memutuskan supaya pemantauan pelaksanaan Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 15, 2011 by in Berita, Informasi Pendidikan, MBMMBI and tagged , , .
%d bloggers like this: