Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sistem SAPS Update

Penambahbaikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem SAPS atau lebih dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah mendapat perhatian daripada pihak unit NKRA setelah mendapat banyak aduan daripada guru-guru di sekolah. Untuk makluman semua cikgu, penggunaan kepada SAPS ini bukan bertujuan untuk meningkatkan bebanan kerja guru, tetapi harapan Unit NKRA untuk mendapat maklumat tentang markah peperiksaan sekolah yang lebih telus, tepat dan cepat bagi tujuan perancangan pendidikan di masa hadapan.

Pihak Unit NKRA sedia maklum dan akui bahawa banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan supaya SAPS ini lebih mesra pengguna pada masa akan datang. Maka dalam masa yang singkat sahaja beberapa tindakan telah diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru. Iaitu pihak yang berkenaan terutamanya syarikat yang membangunkan sistem ini telah meningkatkan bilangan server untuk kegunaan SAPS dengan harapan sistem ini dapat diakses dengan lebih cepat dan masa guru tidak dihabiskan untuk pengisian maklumat yang diperlukan di rumah sehingga larut malam. Pihak Unit NKRA juga telah memanjangkan tempoh pengisian data sehingga 2 September 2011 (yang terkini).

Walaupun banyak masalah telah timbul semasa menggunakan SAPS ini, namun pengisian maklumat dalam Sistem SAPS ini amat perlu demi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Dengan itu, kita sebagai guru perlulah memberi kerjasama dan pandangan yang positif supaya dapat membantu pihak NKRA dalam proses penambahbaikan Sistem SAPS ini sehingga menjadi salah satu sistem pendidikan yang terbaik di dunia.

Penambahbaikan SAPS Seperti pada 19/8/11

Bagaimana menghapuskan masalah markah lebih dari bilangan pelajar? Guru matapelajaran perlu login dan pergi ke menu Markah Peperiksaan. Jika kes ini berlaku akan ada symbol . Anda perlu klik pada kelas yang bermasalah itu dan sahkan memang kelas ini bermasalah.

Bilakah saya boleh buat pengesahan markah? Adakah semua mata pelajaran perlu diisi (termasuk subjek bukan peperiksaan) sebelum pengesahan dibuat?
Setiausaha mata pelajaran (SUP) perlu pergi ke Semak Key-in Markah dan jika masih ada subjek peperiksaan yang belum lengkap diisi, mesej dalam kotak merah berikut akan muncul dibawah senarai kelas. Ini bermakna darjah/tingkatan tersebut tidak boleh disahkan lagi.

[poll id=”5″]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 21, 2011 by in Berita, SAPS and tagged , , , .
%d bloggers like this: