Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. Ini adalah berita baik bagi cikgu-cikgu yang ingin menyambung pelajaran mereka ke peringkat Sarjana Muda (Master) atau ke peringkat yang lebih tinggi iaitu PHD.
Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.
Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm
Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini (HLP) hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
PERHATIAN :-
Bagi Program HLP(IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPG) sahaja yang layak memohon. Pegawai yang berkhidmat di IPG tidak layak untuk memohon HLP(Am). Harap-harap maklumat ini akan membantu cikgu dalam proses permohonan ke program HLP. Sekian, terima kasih.